17 June 2009

Amerika namakan Malaysia sebagai pusat pelacuran



Gagal membendung jenayah di seluruh negara yang semakin berleluasa sehinggan mengancam keselamatan harian rakyat, kerajaan Barisan Nasional hari ini menerima satu lagi tamparan.

Amerika Syarikat menyenarai-hitam Malaysia sebagai antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran.

Malaysia berkongsi “penghormatan” itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia, menurut laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Malaysia digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing.

“Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai apa-apa usaha berkesan kea rah itu, laporan berkenaan menyatakan.

Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.

Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ.

Laporan itu turut merujuk kepada layanan majikan terhadap pepekrja asing yang penuh dengan kes-kes penderaan, termasuk penyiksaan seksual dan fizikal.

Kerajaan Barisan Nasional dilaporkan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melancar, apa yang dicanang sebagai operasi membersihkan negara daripada pendatang tanpa izin.

Hakikat ialah semua bandar-bandar besar malah pekan-pekan kecil semakin dilimpah dengan pekerja seks dan pekerja asing tanpa izin. Dan jumlah mereka semakin meningkat.

Persempadanan negara dan penguatkuasaaan di akar umbi begitu longgar dan satu faktor ialah kerana BN terlampau menggunakan polis, Rela dan agensi lain untuk agenda politik mereka.

Ketua Polis Negara dan Peguam Negara masing-masing terheret dalam kes-kes yang mempamerkan cubaan memalsukan keterangan.

Kejadian banduan, khususnya kaum India mati di lokap, terus berlaku.

Walaupun masih ada segelintir anggota polis ikhlas dan komited kepada kebenaran dan ketulusan undang-undang, rasuah dalam badan polis masih serius.

Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein harus bertanggungjawab atas keadaan ini.

Tetapi kesediaan mereka berbuat demikian amat diragui. Mereka dibuai dengan sindrom penafian setiap kali kewibawaan polis dipertikaikan.

Hakikat ialah anggota polis semakin terpesong dari tugas utama mereka, Mereka diguna untuk memantau ceramah pembangkang, menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri, menyoal siasat peguam dan pejuang Bahasa Melayu yang lanjut usia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula sibuk menyiasat derma korban lembu, kos penyenggaran kereta dan segala lain yang remeh, asalkan ada nama pembangkang yang terlibat.

Dalam keadaan sedemikian, tidak menghairankan keselamatan negara tergadai.

Ketika Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sibuk berpolitik dan membuat kenyataan politik, negara kita dibanjiri dengan ratusan ribu pekerja seks dan rakyat negara lain yang diekplotasikan oleh mereka yang tidak berhati perut.

Ini yang harus menjadi tumpuan Hishamuddin dan Musa, bukannya bingkas mengeluarkan kenyataan rhetorik yang setiap kali lebih kurang berbunyi “Kita tidak akan bertolak ansur….”.

Rakyat telah mual dengan rhetorik termasuk Slogan 1 Malaysia yang cuba dijaja oleh Perdana Menteri.

Laporan hari ini yang mengesahkan Malaysia sebagai pusat khidmat seks dan pekerja asing untuk diekplotasi menzahirkan kebimbangan rakyat mengenai mengenai hala tuju negara yang tercinta ini. TVA

2 comments:

Unknown said...

Ada helang besar yg menjaga perjalanan HARAM ni..nak buat lagu mana?? Tangkapan2 tu pun sekadar mengaburi mata masyarakat tempatan saja...Pi la kat bandar2 besar dan perjudian seperti genting tu...apa yg tak dak..?? Semua 'perasa' pun ada...Siapa nak kawal..??

Setia said...

Rasuah dokongan Umno/BN sudah membarah dan kronik.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese