10 June 2009

Amanat Dato' Tuan Ibrahim - Naib Presiden PAS

Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS. Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan. Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”

Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu. Muktamar nbagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira. Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan dating dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musush. Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini. Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara. UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha kea rah tersebut. Namun saya tegaskan bahawqa kikta tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain. Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambilalih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan presiden dan Timbalan Presiden. Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah. Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.
Salam perjuangan.

Akhukum FiLLah
Tuan Ibrahim Tuan Man
darigaunghati.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

PAS akan merudum dalam pr13 nanti,tengoklah.Ahli2 dah mula nak buat u-turn.

Makkal Sakhti said...

Assalamualaikum wr. wbt, Saya bersetuju dgn pandangan ustaz yang saya anggap mengambil jalan pertengahan di atas polemik yang berlaku. Pandangan ustaz adalah benar dari sudut harakah Islam, tetapi kenyataannya perlaksanaannya tidak seperti itu. Saya meyakini apa yang berlaku adalah disebabkan pandangan-pandangan pemimpin tidak dibuat secara kolektif dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, jika tidak masakan berlakunya pertembungan sesama pimpinan sendiri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Apakah idea Kerajaan Perpaduan ini lahir dari hasil perbincangan yang mendalam dalam mesyuarat PAS Pusat? Saya rasa tidak ada, kerana TGHH pun menyatakan perkara ini belum dibincangkan dengan masak oleh pimpinan. Apatah lagi TGNA sendiri menentang idea Kerajaan Perpaduan ini. Persoalannya bukan kerana ahli tidak memahami idea ini, tetapi ahli tidak pun diberi penjelasan khusus mengenainya. Sepatutnya ada perbincangan, muzakarah atau diskusi ilmiah dan diseminarkan jika mahu mengetengahkan idea ini dalam program-program parti. Jika pemimpin sendiri berbeza pendapat, apatahlagi ahli yg dhaif ini.
Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan ustaz iaitu keputusan mestilah daripada keputusan jamaah kerana disitulah adanya keberkatan dan akan menghindarkan perpecahan sesama kita. oleh kerana itulah pandangan peribadi terutamanya oleh pemimpin tertinggi hendaklah dielakkan sama sekali. Laksanakan keputusan jamaah iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Jangan ada niat utk memungkiri persefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana bukan akhlak kita utk memungkiri sebarang perjanjian yang telah dibuat. Jangan mengambil pendekatan utk mengeruhkan suasana yg telah terjalin secara baik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ketahuilah tak mungkin kita boleh memerintah secara bersendirian, namun kerjasama yg terbina mestilah diperkukuhkan dgn memperkasakan persamaan visi perjuangan, mengurangan pertikaian dalaman disamping memberi ruang kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memahami perjuangan Islam yg dibawa oleh kita. Saya amat tertarik semenjak PAS berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sudah kedapatan pemimpin bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah berdasarkan ayat-ayat al-qur'an. Didoakan moga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua sebagaimana Allah memberikan hidayah kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mana mereka menjadi benteng dan perisai mempertahankan agama Allah dimuka bumi ini. Segalanya tidak mustahil bagi Allah s.a.w. Apa yang penting sebagai pemimpin mesti menunjukkan akhlak berjamaah/berharakah bukan sekadar akhlak berpakaian sahaja. Pimpinan mesti selalu mengamalkan konsep kepimpinan kolektif, bukannya kepimpinan "lone ranger" agar segala keputusan tidak dianggap keputusan peribadi. Jika semua keputusan dibuat secara kolektif, maka tidak timbul perbedaan pendapat kerana persetujuan telah diambil secara bersama (kolektif) dan keputusan tersebut akan menjadi satu keputusan yg kuat kerana akan dipertahankan oleh semua pihak. Moga-moga Allah memelihara PAS utk terus berada dilandasan yang benar. Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese