18 May 2009

Tian Chua Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Menggigit



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua membela diri atas tuduhan menggigit seorang pegawai polis berpangkat konstabel serta menghalang tugas-tugas penguatkuasa undang-undang. Hakim Mohd Fauzi Che Abu membuat keputusan itu selepas mendapati Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Zakaria berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ahli parlimen itu. Tian Chua, 46, didakwa atas tuduhan mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Kontigen Kuala Lumpur, di hadapan parlimen sekitar jam 10.45 pagi pada 11 disember 2007. Tian ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih membantah usul kerajaan BN melanjutkan tempoh perkhidmatan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), khususnya Pengerusi SPR pada masa itu, Abdul Rashid Abdul Rahman, dari 65 ke 66. Beliau dididakwa dibawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan, Tian menghadapi hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda atau kedua-duanya. Sekiranya beliau dipenajrakan melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, Tian akan diisytiharkan tidak layak menduduki kerusi Parlimen Batu. Tian diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli Perbicaraan ditetapkan 20 sehingga 22 Julai ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese