18 May 2009

Tahniah! Datuk Harun Taib memenangi Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat


YB Datuk Harun Taib telah memenangi jawatan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat apabila hanya nama beliau sahaja yang dicalonkan untuk jawatan itu.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat pula, pertandingan dijangka akan berlaku antara Ustaz Nasarudin Hassan; Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat sekarang, dengan YB Zaki Ibrahim; Bendahari Pemuda Pas Pusat, apabila nama mereka dicalonkan untuk jawatan itu.

Bagaimanapun kedudukan ini hanya sah apabila kesemua mereka menerima pencalonan ini menjelang tarikh tutup 25 Mei ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini.

Manakala bagi Dewan Muslimat pula, empat nama telah dicalonkan untuk jawatan Ketua Muslimat Pas Pusat. Mereka adalah Dr Asiah Ali, Ustazah Azizah Khatib, Ustazah Nuridah Salleh; penyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, dan YB Dr Mariah Mahmud. - Siasah

Keputusan pencalon Dewan Ulama' PAS Pusat
Keputusan pencalonan Dewan Pemuda PAS Pusat
Senarai pencalonan Dewan Muslimat PAS Pusat

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese