Dua calon Timbalan Presiden, Mohd Sabu dan Husam Musa, masing-masing Naib Presiden bakal menentang Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan PAS Jun ini
PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.
"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.
Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.
Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.
"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.
4 comments:
amat sedih dgn kenyataan KDU nie, kalau berterusan mcm nie payah utk pas keluar dari kjepomong sendiri dan taiada usaha utk memperkukuhkan institusi majlis syura ulama, badan tertinggi dlm parti. Sehinggakan arinie ulama sendiri mempertikaikan Majlis Syura sendiri contoh paling ketara Ketua Pemuda Terengganu yg berani menyanggah terangan dlm media kenyataan YAB TG Mursyidul Am isu calon PRK KT. Ajar yg kurang amat ketara tak sepatutnya dikeluarkan oleh mereka yg bergelar ustaz. Kemungkinan mereka yg menawarkan diri utk jawatan no 2 parti bukan dikalangan ulama tetapi ciri2 ulama terserlah pada diri mereka dan lebih baik lagi dari sebhgian ulama sediada dlm parti.
Renung2kan
Pendokong Kepimpinan Ulama
Saya tak setuju.
Dalam keadaan sekarang di mana pucuk pimpinan parti telah menunjukkan beberapa kelemahan yang telah membawa keresahan yang amat membakar dikalangan ahli2, saya sarankan bahawa Tuan Guru Nik Aziz di minta mengambil alih Jawatan Presiden dan Datuk Seri Nizar di calonkan sebagai Timbalan Presiden.
Husam Musa, Syed Azman dan Khalid Samad perlu di calonkan ke Jawatan Naib Presiden.
AJK PAS pusat perlu di bersehkan daripada unsur2 yang mahu berdamping dengan UMNO. Tak payah menamakan mereka - semua ahli sudah pasti jelas atas identiti mereka.
apa punya cadngan daa
dah ler presiden sibuk amat, ditambah plak DS Nizar sbg adun n ahli parlimen, kes perak tak abih haaa haaa nkau nak tambah lg ngan Timb Presiden plak, apa barang bebb
biao ikut akal jgn asyik nak mengakal jer,
ahli tolak org no 2 skang ni pun sbb tak berpranan bantu presiden, yg nkau cdg orang yg sibuk bangat gak ganti tempat no 2 tu gak, apa ke hall kome niee yobb
biao cadang tu masuk akal kit
Pecinta kempimpinan ulama
setuju benar cdangan penyokong kepimpinan ulama tu
dah ler org tu sibuk nak sibuk kan lg dgn jawatan penting parti.
baik ler tak payah cdg apa2 kalau tak tau apa2,ye takk
anak marhaen
Post a Comment