08 May 2009

Peguam protes peguam kena tahan



Sekumpulan 200 peguam pagi ini mengadakan perhimpunan di kompleks mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan lima rakan mereka di depan bali polis Brickfields semalam.

Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.

Lima peguam tersebut hadir di situ malam tadi bagi memberikan bantuan guaman terhadap sekumpulan 15 orang yang ditangkap lebih awal, kira-kira 9.30 malam.

Pengamal undang-undang itu ditahan dua jam kemudian di tempat yang sama.

Kira-kira 200 peguam itu hadir untuk menyatakan sokongan kepada lima rakan mereka yang dijangka dibawa ke mahkamah.

Difahamkan polis akan membebaskan lima peguam dan 15 yang lain di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

kalau dah salah memang la kena tahan tak kira la peguam ke hakim ke .mereka2 ini tidak bolih melebihi undang2 malah sekiranya perlu mereka dihukum lebih berat kerana mereka tahu perkara itu salah .dlm islam pun kalau tak tahu belum tentu berdosa.lagi pun yg membuat kacau kat malaysia ni bukannya org lain , org2 ni la yg rasa diri mereka besar.go to hell

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese