29 May 2009

Peguam Chin Peng: Kerajaan Malaysia Tidak Tepati Janji


(Gambar: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chen Ping. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

Peguam kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Darshan Singh Khaira mempersoalkan keikhlasan kerajaan Malaysia menunaikan janjinya untuk membenarkan bekas pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Chin Peng pulang ke tanah air kelahiran mereka setelah menanda tangani perjanjian dengan PKM pada 1989.

Dalam satu kenyataan kepada media yang dikeluarkan hari ini beliau mengajukan soalan mengapa kerajaan Malaysia mengambil keputusan menanda tangani perjanjian keamanan dengan PKM yang menamatnya persengketaan antara kedua-dua belah pihak sekiranya ia berniat tidak akan menepati janji yang telah dimeterai?

Sekiranya ini benar bolehkan masyarakat antarabangsa mempercayai mana-mana perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada masa depan?

Darshan Singh berkata menurut perjanjian tersebut kesemua ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa PKM dibenarkan pulang dan tingal di Malaysia termasuk Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh , Zainon @ Ah Yan, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamad Kassim.

Semua kecuali Chin Peng dibenarkan pulang.

Jelas beliau di bawah perjanjian yang ditandatangani yang dikategorikan sebagai perjanjian antarabangsa tidak ada syarat membuktikan mereka dilahirkan di Malaysia.

Darshan Singh berkata menurut sejarah keluarga Chin Peng beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak.

Kedua-dua ibu dan ayah beliau juga dikebumikan di Sitiawan sementara adik beradik beliau juga menetap di Malaysia.

Sebagai anak yang taat beliau ingin memberi penghormatan and menziarah pusara ibu dan ayah beliau kata peguam itu lagi.

Beliau juga ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama cucu dan anak-anak saudaranya tambah kenyataan itu lagi.

PKM telah ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Parti itu dikatakan sebagai parti berbilang bangsa yang pertama ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Atas inisiatif mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Abdul Rahim Mohd Noor perbincangan dimulakan dengan PKM yang menghasilkan Perjanjian Keamanan yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand di Haadyai, Thailand.

Darshan Singh juga merujuk kepada kenyataan Abdul Rahim yang pernah menyatakan bahawa Chin Peng adalah seorang yang jujur, amanah dan berpegang kepada janji.

2 comments:

Anonymous said...

Chin Peng serta bekas TRM patut diizinkan tinggal di Malaysia.Mereka adalah rakyat Malaysia dan sebelum merdeka mereka berjuang habisan menentang British dengan kekuatan senjata.Kalau tidak mereka siapa yang bersusah payah di belantara ?

wak kanchong said...

Assalamualaikum :
Pada pandangan saya yg kurang merilmu ni, sebenarnya pkm atau MPAJA telah di pergunakan oleh pihak british utk menentang jepun ..pihak british tahu bahawanya org-org cina pada ketika itu sangat memusuhi jepun ,dengan ini pihak british telah mengambil kesempatan.
Setelah Jepun tewas , pihak british merasa pkm menjadi saingan mereka..kerana pkm juga memainkan peranan penting dlm mengusir keluar tentera jepun dari Malaya . Selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah mempunyai kesedaran diri .... telah merasakan ,telah tiba masanya pihak british keluar dari bumi malaya , tetapi Pihak british enggan dan ingin berkuasa semula , kali ini dengan bentuk baru .
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Adakah ini satu konspirasi atau alasan pihak british utk menghapuskan pkm kerana disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Kini timbul pula persengketaan antara pkm dgn pihak british, dan seperti biasanya pihak british akan mencari mangsa utk dipergunakan ,dan mangsanya kini sudah pasti adalah bangsa melayu itu sendiri.
Sekiranya pkm tidak menganuti fahaman komunis sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!!
Sekiranya Setiausaha Agungnya bukan Chin Peng yg berbangsa cina tetapi ustaz-ustaz yg berbangsa melayu sudah tentu jalan cerita nya berbeza....!!
Sekiranya nama pkm itu bukan nya parti komunis Malaya tetapi parti keamanan Malaya sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!
Itu semua tinggal sejarah....
Mereka-mereka INI ibarat permainan catur...,dimana pihak british , jepun dan PKM adalah pemainnya .....,pkm ,askar melayu, polis melayu,mpaja, komando Biritish “Force 136 ,dll adalah buah caturnya....
Rakyat adalah penontonnya..raja-raja adalah tetamu istimewa yg diberi tempat khas di suatu sudut, dan akhir sekali tanah melayu ini adalah papannya.....
PEMAIN yg pandai menarik perhatian para penonton sudah pasti mendapat perhatian......
Sekian wassalam..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin