26 May 2009

Pas umum senarai calon awal, tidak timbul isu berkempen calon



Malaysiakini.tv: PAS announces candidates for Muktamar

Buat kali pertamanya PAS mengumumkan senarai nama calon yang bertanding kira-kira seminggu lebih awal sebelum pemilihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Dato' Mustafa Ali sebentar tadi telah mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada pemilihan Muktamar Pas minggu depan.

"Ya ini kali pertama. Sebelum ini nama calon hanya diumumkan pada hari pemilihan," kata beliau sambil mengakui pemilihan kali ini menyaksikan beberapa pembaharuan.

Menjawab persoalan tersebut, beliau memberitahu pengumuman tersebut dibuat awal bagi memudahkan calon dikenali media-media terutamanya wartawan dan masyarakat luar amnya.

"Pengumuman hari ini sekaligus memudahkan perwakilan Pas mengenali siapa calon yang bertanding, dan membuat keputusan awal memilih pucuk pimpinan akan datang," tambah beliau.

Mustafa, ketika ditanya etika berkempen calon, beliau menegaskan calon-calon yang bertanding pemilihan pusat PAS boleh berkempen menggunakan apa sahaja media termasuk media arus perdana tetapi dilarang muncul dalam Harakah bagi mengelakkan ketidak adilan berlaku.

"Tiada halangan kepada colon untuk diwawancara mana-mana media luar, saya yakin calon cukup menjaga etika mereka," kata beliau ketika ditanya sama ada satu arahan etika berkempen dikeluarkan.

Malah katanya, Pas tidak keluarkan satu arahan khusus atau garis panduan menjelang pemilihan minggu depan,

"Kalau dalam Pas, lihat calon berkempen kuat sangat, diaorang (perwakilan) tak berapa nak suka," tambahnya

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS itu berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada calon-calon yang bertanding kali ini, sekaligus menolak kenyataan yang mengatakan tindakan tersebut tidak adil kepada calon yang bertanding. - muktamar55.pas.org.my/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese