14 May 2009

Pakatan Rakyat sedia bincang dengan BN mengenai krisis Perak



Kenyataan Media Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat sedia temui Najib, tanpa syarat

KEPIMPINAN Pakatan Rakyat hari ini memutuskan akan menemui Presiden Umno Najib Abdul Razak untuk menyelesaikan krisis pelembagaan negeri Perak.

Menurut Anwar Ibrahim ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas petang tadi, pertemuan berkenaan dibuat bukan melibatkan persepakatan parti tetapi ianya hanyalah membabitkan kerjasama dalam menyelesaikan masalah krisis Perak.

Pertemuan berkenaan, menurut Anwar, diharap dapat menyelesaikan kemelut politik negeri perak dan jalan penyelesaian hanya dengan membenarkan rakyat negeri Perak memilih kerajaan sendiri.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bersedia secara terbuka dan bersedia untuk bertemu Perdana Menteri bagi memulihkan proses demokrasi di negeri Perak dapat diberikan kembali mandatnya kepada rakyat melalui Pilihanraya,” katanya lagi.

Anwar berkata lagi, keputusan berkenaan diambil sejajar dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Majlis Peguam, Speaker Dewan Negara, pemimpin dan sayap BN seperti Gerakan dan MIC dan beberapa tokoh akademi yang yang merumuskan penyelesaian terbaik krisis Perak adalah melalui pilihanraya.

Keputusan untuk bertemu Najib diambil setelah krisis berkenaan semakin meruncing ekoran dengan tindakan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang membelakangi keputusan Mahkamah Tinggi.

Sebelum itu, satu mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat turut diadakan di bangunan berkenaan selama satu jam.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Anwar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Pas Hadi Awang, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Nizar Jamaluddin, Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat serta Exco Pakatan Rakyat Negeri Perak. SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese