05 May 2009

Pakaian Hitam 7 Mei tanda 1MalaysiaGELITA



Malaysiakini.tv: 1BLACKMalaysia launched

4288_84638176011_518196011_2297888_1080401_n

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda ‘ 1 Malaysia GELITA’.

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema. Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak. “Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar,” tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: ‘1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

“Adakah slogan ‘1Autoritarian-dan-Korup Malaysia’ menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya?

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencapaian diutamakan’ sekiranya ‘pencapaian’ di dalam perihal undang-undang tidak diketahui? “Marilah kita tunjukkan satu warna � ‘1MalaysiaGELITA!’ Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: ‘Utamakan Demokrasi!’ mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: ‘Adakan Pilihan Raya Sekarang!’”tambahnya. - mks. _

Himpunan ‘One Black Malaysia’, munajat pagi di Perak

Satu himpunan yang diberi nama ‘One Black Malaysia’ serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak. “Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan ‘menyingkirkan’ Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan ‘One Black Malaysia’ ini. “Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja,” demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki “Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi,” katanya. - azm/mks. _

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese