06 May 2009

Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Kedalam DUN Esok

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.

"SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

"SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," kata Datuk Ngeh.

Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motof kehadiran mereka.

Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.

"Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

"Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker," tegas beliau lagi. -TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin