27 May 2009

Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …” al-ahkam.net

Posting berkaitan: Dr. Mohd. Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

4 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Tuan,
saya pun dok cari juga artikel mengenai mogok lapar dalam mana-mana web bahasa arab tapi tak jumpa. Saya taip dharbut ta'am tak keluar pun. Rencana qardawi tu kat mana ye?

Bujang Susah said...

Salam tuan tanah.. mohon copy ya mana2 entri yg sebelum dan selepas..

Zol.. kat sini>>(www.qaradawi.net) bukan ka?

Bujang Susah said...

Asri ni... Buat fatwa jgn guna hukum aqal jer.. masa ada jawatan, semua kerajaan buat betul... bantai pembangkang.. gunakan dan cedok separuh2 hadis untuk belasah pembangkang.. bila kena tendang belasah kerajaan pulak.. bantai la dok kata kerajaan zalim dan mcm2 lagi. ni pasai apa plak? duit dah habis ka? mcm nak mengampu kerajaan balik jer? klau rasa fatwa hang tu betul hang sangkal la kenyataan sheikh Qardawi tu. Aku lama tgk hang ni mmg semacam jer.. aku bukan baguih pun.. tp aku xder la nak buat kenyataan atau fatwa tanpa benar2 memahami satu2 bab tu. Aku terfikir jugak dgn kata2 ustaz badrulamin berkenaan "bapak syitan". bila aku renung2kan mcm ada kebenaran jer..

Axiemeluv said...

Yeop... izinkan teman copy artikel ni yer? Tengah confuse ni...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin