28 May 2009

Mat Sabu: Umno Bakal Berkubur Di Penanti

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Umno akan berkubur kerana kezaliman yang dilakukan dengan menyalahguna semus institusi negara termasuk badan kehakiman.

Berceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Undangan Negeri N12 Penanti semalam beliau menyentuh mengenai fungsi badan kehakiman yang semakin tercemar akibat kerakusan pihak yang berkuasa mempergunakan badan kehakiman dalam kes di Perak.

Beliau menyentuh mengenai fungsi badan kehakiman yang semakin tercemar akibat kerakusan pihak yang berkuasa mempergunakan badan kehakiman dalam kes di Perak.

Beliau menjelaskan dalam kes mendengar rayuan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin di mahkamah tinggi, hakim membuat ulasan penghakiman selama satu setengah jam setengah berbeza dengan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Zamry hanya mengambil masa 5 minit untuk memberikan hujah berhubung keputusan mereka 22 Mei lalu.

Mohamad Sabu berkata seluruh dunia juga melihat bahawa kes menarik dan mengusung Speaker V. Sivakumar DUN dan dikurung dalam stor sebagai satu kes yang amat memalukan negara kerana kuasa Dewan telah tercemar.

Beliau juga mengulas mengenai bagaimana pihak keselamatan masuk ke DUN Perak dan bagaimana pembesar suara juga ditutup. Malah beliau sendiri ditangkap hanya kerana mahu mengadakan solat sembahyang hajat.

"Di Kelantan apabila kita nak lakukan sembahyang hajat di stadium jam 3 pagi, burung pun terkejut,tapi kes yang aku kena,tak sempat nak ke Manjoi dah kena cekup di Kuala Lumpur kerana polis yang menangkap tidak memperkenalkan diri," jelas beliau lagi.

Mengenai dengan pemilihan Mansor Othman sebagai calon dan bagaimana isu pembanggunan yang dimainkan oleh Umno ialah berhubung dengan bangsa cina sebagai pemerintah, beliau menjelaskan bahawa, "kini di Tanjung (Georgetown) orang dah tak pilih BN sebagai parti. Mana ada di Kuala Lumpur orang memilih Umno atau BN sebagai parti sekarang ini.

"Yang hanya memilih umno ialah dari Jarak sampai Tasek Gelugor dan juga Kepala Batas, Permatang Keling, Lahaq Yooi . Tahu kenapa? Kerana dari Jarak ke Kepala Batas ada stesen keretapi di bawah tanah. Maknanya orang Kuala Lumpur, orang Tanjung tidak maju daripada orang Tasek Gelugor dan juga orang Kepala Batas kerana mereka adalah penyokong Umno paling kuat dalam dunia,".

"Orang Melayu perlu cerdik. Kalau di sebelah Jawi, Tasek Gelugor, Sg Dua,Bertam, Kepala Batas di ambil alih oleh Pakatan Rakyat, maka barulah kita katakan kuasa kita kuat.Kita mengkritik bukan soal pembangunan, ada golongan orang tua-tua apabila disebut sahaja pembangunan takut kalau BN tak perintah tak ada pembanggunan.

"Apa yang kita krtiik ialah cara pelaksanaan itu. Misalnya MRR ,tak sampai setahun dah runtuh. Itu projek Samy Vellu. Lihat bagaimana makmal komputer runtuh. Itu juga kerana pembangunan yang diselindungi dengan rasuah. Kita terima pembangunan namun kita kritik pembangunan yang terlibat dengan rasuah" demikian jelas Mohamad Sabu lagi di hadapan ribuan hadirin pada ceramah beliau.

Turut hadir pada ceramah tersebut termasuk Speaker Perak V. Sivakumar.

Mengimbau sejarah pilihan raya di Penanti Mohamad Sabu berkata beliau tidak berkunjung ke Kubang Semang kerana sejarah pernah menunjukkan bahawa Kubang Semang telah lama maju dan rakyat Permatang Pauh pernah menewaskan Parti Perikatan pada tahun 1969 dan 1974 di mana Hj Zabidi daripada PAS mengalahkan Ariffin Daud. Umno juga pernah memenangi banyak kali dan juga jatuh banyak kali.

"Yang aku nak pi ceramah ialah di Guar Perahu. Namun sejak 1999 orang Guar Perahu pun sudah berubah dan memberi sokongan kepada pembangkang. Kalau spesis di Guar Perahu pun dah menyokong Pakatan Rakyat, maka itulah tanda-tanda kemusnahan Umno.Yang dok sokong Umno la ni yang gigit mee tak putuih" jelas beliau disambut dengan ketawa oleh hadirin.

Beliau berpesan kepada pengundi di Penanti agar keluar mengundi dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dengan majoriti undi yang lebih tinggi serta hilangkan wang pertaruhan calon-calon Bebas.

1 comment:

Gedung Akal said...

Tuan
Sepatutnya UMNO dah lama berkubur tetapi ternyata nyawa masih liat. Barangkali UMNO akan diperlihatkan dosa-dosa mereka terhadap rakyat. Sila baca lanjut dalam blog ini:- http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/1.html

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese