04 May 2009

Mat Sabu: Gelapnya demokrasi di Malaysia



Mohamad Sabu berkata, pilihanraya peringkat negeri Perak perlu diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru - susulan krisis perebutan kuasa antara BN dengan gabungan pembangkang sejak Februari lepas.

Mengulas larangan mendirikan pondok panas dan merayu undi pada pilihanraya tersebut 31 Mei ini, Mohamad berkata partinya akan tetap membina bangsal untuk kegunaan pada hari mengundi.

Tambahnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah berbincang dengan parti-parti politik sebelum mengeluarkan larangan tersebut, 27 April lalu.

Mohamad berkata, pilihanraya peringkat negeri Perak perlu diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru - susulan krisis perebutan kuasa antara BN dengan gabungan pembangkang sejak Februari lepas.

Beliau juga mengumumkan PAS menganjurkan program munajat perdana di sebuah masjid di Manjoi menjelang subuh Khamis ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese