10.00 - Speaker DUN, Siva telah berada didlam DUN. Beliau membuat pengumuman sesiapa yang tidak dijemput diminta meninggalkan Dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ADUN Bn yang digantung diminta meninggalkan Dewan, sekiranya mereka tidak keluar, sidang DUN tidak akan dijalankan
10.03 - Beliau juga mengarahkan tiga ADUN melompat mninggalkan Dewan, kes mahkamah mereka belum selesai. Dewan menjadi bising, ADUN Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.
10.00 - Keadaan Dewan tegang, ADUN yang diarahkan keluar tidak berbuat demikian. Sementara diluar Dewan polis terus mengejar dan menghambat mereka-mereka yang datang menghampiri bangunan tersebut. Beberapa anggota AMK juga dimaklumkan telah ditahan polis.
Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.
Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.
Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.
No comments:
Post a Comment