07 May 2009

Live dari Ipoh - Nizar tiba diperkarangan Dewan...



KENDERAAN yang membawa Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan bangunan SUK Perak.

9.44 pagi - ADUN Sungai Pinang dan Speaker DUN Selangor, YB Teng Chang Khim, turut ditahan. Ketua Pemuda PAS dan MP Dr Mujahid Rawa menuju ke Pejabat PAS yang terletak tidak jauh dari Dewan.

9.41 pagi - Lebih daripada 30 orang dilaporkan telah ditahan, termasuk Lau Dak Kee, bekas Ahli Parlimen Ipoh dan tahanan ISA, dan YB Jenice Lee Ying Ha, ADUN Kawasan Teratai.

9.36 pagi - Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, tiba di perkarangan Dewan pada jam 9.30 pagi. Pembantu beliau, Amran Harun diarah keluar dari kenderaan yang dinaiki. Cuma pemandu beliau dibenarkan masuk ke kawasan Dewan bersama beliau.

9.24 pagi - Ketua Pemuda PAS berada di dalam lingkungan 200 meter kawasan Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin