07 May 2009

LIVE dari Ipoh - Detik-detik Kebenaran

Ikuti perkembangan secara terus dari Ipoh - Gambar DUN Perak pagi ini

Semalam Speaker DUN Perak V Sivakumar masih berharap persidangan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009 ditangguhkan.

Jika persidangan diteruskan, mungkin inilah persidangan yang paling hangat dalam sejarah Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu 7 Mei 2009.

Apakah akan berlaku dalam persidangan itu? Setiap orang membuat ramalan atau spekulasi masing-masing.

Pelbagai idea atau pandangan disalurkan melalui media massa termasuk blog-blog.Semuanya merupakan analisa masing-masing.

Belum tentu sealiran dengan apa yang difikirkan oleh Speaker. Tetapi, yang menjadi hakikat sehingga ke detik ini ialah Speaker masih menaruh harapan bahawa Persidangan Dewan Negeri akan ditangguhkan untuk kebaikan seluruh Rakyat Negeri Perak.



8.00 am - Jalan menuju ke DUN Perak dihalangi oleh banyak sekatan jalanraya, ia dimaklumkan telah dilakukan sejak malam semalam

8.10 - Ramai yang hadir pada program Solat hajat yang diadakan di Manjoi pagi ini, namun masjid Manjoi telah dikunci. Solat hajat telah diadakan di markaz PAS berdekatan

8.17 - Lapan kenderaan FRU diletakkan dihadapan DUN Perak, seramai 20 orang berbaju hitam berada disitu, mereka beredar apabila dihambat oleh FRU

8.30 - Sidang DUN djadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

8.35 - Polis terus menghambat mereka yang datang, mereka menjerit 'tangkap, tangkap". Beberapa orang telah ditahan polis termasuk Koo Puay Tiong, ADUN dari Melaka

Live Coverage From Ipoh...

anilnetto.com
http://anilnetto.com/democracy/live-7-may-in-ipoh/

suarakeadilan.com
http://en.suarakeadilan.com/top-story-1/2009/05/6554

thestar.com.my
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/7/nation/20090507073621&sec=nation

thenutgraph.com
http://www.thenutgraph.com/perak-assembly-sitting

malaysianunplug.blogspot.com
http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/05/d-day-for-perak-cross-road-to_07.html

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese