12 May 2009

Ketibaan Nizar di Istana Kejutkan Tetamu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini. TVA

4 comments:

Anonymous said...

kenapa nak bubar . nak membazir ? rakyat dah bagi mandat ,mahkamah pun dah beri mandat , sultan pun dah bagi mandat apa lagi ... buat la kerja .dah naik meluat dah tenguk perangai seko2 yang berhormat . nak berpolitik 4 tahun sekali ok la . ni sampai atas katil pun nak berpolitik ape hal ni. RAKYAT CAKAP SEKARANG - TAK BUAT KEJE TAK ADA GAJI ,TAK ADA ALAUN DAN TAK ADA KETE-JLN KAKI .

Anonymous said...

ooooi orang atas, pilihraya guna duit rakyat. Gunakan duit cukai rakyat untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk beli C4 dan merasuah. Buat koje konon. Rayyat mana ada bagi mandat? Tiga ekor katat itu u panggil rakyat. Bodohlah lu.

Hero said...

hahaha.. bila nak buat election bagi rakyat buat pilihan secara sah dan muktamad, baru nak cakap membazir.. hahaha.. saya sokong pengomen no.2.. pengomen no.1 lu memang bodoh laa..

Bungaraya said...

Nampak sangat Anonymous No 1 buta politik. Pegi belajo lagi la...or baca je, jangan nak komen!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese