20 May 2009
Kerajaan UMNO BN Perak Mencekik Dirinya Sendiri - V Sivakumar
KEMAMAN – “Polis mungkin lebih seratus orang, dalam Dewan (DUN), dan semua besar-besar belaka, terus masuk, dia buang (ADUN) satu demi satu,
“akhirnya dia tangkap saya, (pegang) tangan saya, dan mereka cekik saya, bawa saya keluar daripada Dewan,” kata Speaker yang Sah Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar ketika menceritakan saat-saat beliau diangkut dan diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei, lalu.
Beliau berkata demikian dalam ucapannyadihadapan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis ‘1Malaysia Gelap Gelita’, yang dianjurkan oleh MTD Chukai, disini Sabtu lalu.
Katanya, ketika beliau ditangkap dan dicekik oleh pihak polis, hanya satu sahaja dalam ingatannya, sebenarnya kerajaan UMNO/BN sedang mencekik dirinya sendiri.
“Sekarang kamu tangkap saya, kamu cekik saya, sebenarnya kamu bukan cekik saya, kamu cekik (diri) sendiri ,
“rakyat akan ajar dia (kerajaan UMNO/BN) dalam pilihanraya akan datang, seluruh Malaysia sudah lihat (peristiwa tersebut),”katanya
Beliau yang juga sorang pengamal undang-undang menegaskan, tindakan polis menyerbu masuk dan melakukan kekacauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencabul prinsip demokrasi.
Katanya Dewan Undangan Negeri adalah Dewan yang mulia, walaupun polis berkuasa untuk mengambil apa-apa tindakan diluar, namun apabila melangkah masuk, polis tidak berbuat apa-apa.
“Bentara adalah polis dalam Dewan, dia ada kuasa dalam Dewan, yang polis diluar itu, dia hanya polis di luar, bila dia melangkah masuk ke dalam Dewan, dia tak ada kuasa,”tegas Sivakumar.
Menurutnya, setelah diheret keluar dari DUN, beliau telah dikurung didalam sebuah bilik pengawal dengan diawasi oleh tiga orang polis.
Katanya beliau berada dalam bilik tersebut selama lebih sejam dan hanya dibawa keluar setelah semua acara pada hari tersebut selesai.
Beliau menegaskan sidang DUN tidak dimulakan pada hari tersebut dan merasa malu kerana sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Kerajaan UMNO/BN Perak mencatat satu lagi sejarah pada 7 Mei lalu apabila melantik seorang Speaker DUN ‘haram’ setelah melantik Menteri Besar yang tidak sah, Dato’ Seri Dr. Zambry A.Kadir.
Zambry dilantik pada Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat menyatakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar.
Ia adalah kerana, menurut Hakim Datuk Abdul Aziz, Nizar memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda sebaliknya Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.
''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain termasuk kepada Sultan Perak.
Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.
Dengan itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
bolih caya ka cakap ini sss........
kata pengamal undang2, tapi time nak amal tak buat ?
patutnya Siva benarkan Zamry masuk hadiri sidang kerana mahkamah dah putuskan dia tak patut digantung..
jangan main 'kurang ajar' macam tu kalau benar2 pengamal undang2..
tak profesional langsung...
BETAPA BODOHNYA PAS SANGGUP BERKERJASAMA DENGAN DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG PRINSIP NEGARA ISLAM.
UNDI PAS MASUK NERAKA, SEBAB PAS TERGOLONG DALAM KUMPULAN KHAWARIJ
ayo yo,,,,karawaleee punya hindu.....dajaal..lidang macam biawak....
cakap keling memang macam ni la ..pusing dan auta punya cakap !! orang tua dulu2 cakap keling kalau cakap jangan percaya sangat ..
siapa yang bersalah ?? sivakumar sendiri yang tidak mengikut perintah mahkamah yang telah membenarkan Zambry dan 6 Exco lain serta 3 Adun Bebas boleh masuk Sidang DUN . Sivakumar ni tak reti undang2 ke ?? mahkamah sendiri sudah putuskan mereka ini boleh masuk Sidang DUN. jangan dok putarbelit la ...
siapa yang kurang ajar dan mula ini semua dulu ??? rakyat sudah lihat sendiri video samseng2 PR dalam sidang dun ..mcm monyet dalam sarkas la !!
Sebenarnya S.Sivakumar sendirilah yang mencekik diri dia sendiri. Dia dicekik PKR, dicekik nga kor ming, di cekik PAS, dicekik DAP juga...apa dia tak tau ke?
Malang sekali bagi orang seperti dia boleh menjadi Yang Kuranghormat...
maleh nak coment pjg2 sebab semua yg komen sebelumnnih bangang2
Baginda Reformasi said...
maleh nak coment pjg2 sebab semua yg komen sebelumnnih bangang2
May 21, 2009 12:28 PM
betul tue. sumer bangang2. cammana speaker tak bg masuk beruk2 tue kalau dah dia ikut perlembagaan. dah terang2 mahkamah leh dijual beli..tue pun buta ke?
nampak sangat yg bagi komen sebelum2 ni mmg jenis tahap bangang teramat sangat.apa hak mahkamah dalam sidang dun? tak tau undang2, jangan pandai2 komen. menampakkan kebodohan diri sendrii je.
mahkamah kata leh bg masuk beruk2 tue? mahkamah putuskan penggantungan tue konon dibatalkan. tapi hak dan kuasa sebenar terletak pada speaker. malah speaker ada alasan yang boleh menggantung beruk2 tue atas beberapa kes yang belum diselesaikan dimahkamah terutama sal katak2 huduh lagi buduh tue.
sesedap rasa je kata dun pr yg buat kurang ajar? terang2an la si beruk2 tue buat perangai keberukan..bodohh sangat la gaknya, suka2 buat sidang sendiri, lantik main lantik je..pastu sendiri cadang, sendiri sokokng..nampak sangat kebangangn diorg. dah tentu speaker sah masih ada.usul tak diluluskan speaker sah, pepandai2 je si hee bangng tu melantik diri untuk mmpengerusikan 'dun' beruk tu. hahahah.... nampak sangat yg mengulas pun serupa beruk. bercakap tak pakai fakta..dah terang lagi brsuluh, tapi buat2 buta juga..
kepada Panglima Bangsa...jgn ckp siva keling....jgn lupa si Zambry tu lebih kurang tu juga...elok kita jaga bahasa...ramai dlm geng kita yang sekapal, serumpun siva.
Alhamdulillah...aku dikurniakan akai pikiran...kenal yang mana benar dan tidak...aku pandai mengkaji segala tulisan dan segala putar belit....taklah cam si panglima,pena,taiping,pejuang,dan semua golongan tak berakal di blog ini
Post a Comment