03 May 2009

Dato’ Mustafa Ali Tidak Bertanding



Kuala Terengganu – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali mengumumkan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS pusat akan datang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu di Kuala Ibai, disini semalam.

Selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, katanya, beliau tidak bersedia lagi untuk bertanding sebarang jawatan.

“Saya nak sebutlah hari ini, tidak timbullah nak naik pangkat sebab saya tidak bertanding. Saya tidak bertanding dah dalam pilihanraya PAS,

“saya pengerusi Jawtankuasa Pemilih, tidak boleh bertanding, bukan kerana jadi Pengerusi itu maka saya tak bertanding, saya memang tidak bersedia lagi,”katanya.

Sebelum itu beliau menekankan bermuafakat dalam memilih kepimpinan parti adalah satu perkara yang amat penting.

Katanya hanya di negeri Terengganu yang mengekalkan amalan pemilihan ‘segugus’ atau pun ‘syura’ dalam kepimpinan samada pemuda ataupun (peringkat) kawasan.

“Muafakat, berpakat supaya tidak belawan sebenarnya satu benda (perkara) yang baik dalam Jamaah,

“kepada Pemuda saya nak beritahu, amalan yang kita namakan pilih segugus, syura, dalam kepimpinan samada Pemuda ataupun Kawasan, yang kita mulakan sejak tahun 80an,

“yang kekal sebenarnya, ialah di negeri Terengganu ini, yang lain tidak kekal, semua negeri lain berlawan belaka,”katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi yang beliau telah ambil keputusan tidak bertanding. Kami, ahli2 PAS menunggu keputusan yang akan diambil olih beberapa lagi pemimpin PAS yang duduk diatas platform yang sama dengan Dato Mustafa Ali agar mereka juga turut tidak bertanding demi mengelakkan kegisiran yang hebat dalam Muktamar akan datang.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese