19 May 2009

Abdul Hadi janji khidmat Presiden lebih baik



roslan sms: Siang tadi seperti biasa jadual Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang padat. Demikianlah setiap kali apabila beliau berada di KL. Beliau mempengerusikan dua mesyuarat pagi tadi. Antara dua mesyuarat itu, beliau turut ditemuramah oleh wartawan Harakah dan TVPAS.

Melihat wawancara itu saya semakin kagum dengan Tuan Guru. Inilah pemimpin yang tidak mengejar jawatan tetapi merendah diri apabila jawatan diberi padanya. Ketika wawancara itu beliau ditanya apakah perasaannya setelah diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS bagi sesi 2009-11.

Ketika itu saya melihat beliau seakan tiba-tiba ketawa tetapi dalam waktu yang sama kedua matanya bergenang dengan airmata dan menjadi merah. Ternyata ketawa itu disengajakan kerana beliau menahan sebak didada, beliau sedaya upaya cuba mengawal perasaan. Tuan Guru begitu apabila memikirkan yang amanah sekali lagi diberikan kepada beliau. Kalau orang lain mungkin gembira dan melonjak sakan tetapi Tuan Guru sedih dan sebak menerima amanah.

Beliau berterima kasih kepada ahli-ahli PAS kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau dan berjanji akan berusaha mempertahankan perjuangan suci ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese