27 May 2009

14 Dibebaskan, 5 Masih Ditahan, 2 Pula Ditangkap Malam Ini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/polisdepanbangunandap1.jpgIPOH – Polis meneruskan tindakan ‘tidak munasabah’ dengan menangkan 2 lagi penyokong DAP pada malam ini, walaupun telah melepaskan 14 orang yang ditahan siang tadi.

Walau bagaimana pun 5 pekerja pemasangan kanopi, yang ditangkap polis awal pagi tadi ketika membuat persiapan program berpuasa dan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat Perak, belum dilepaskan.

14 orang yang ditangkap siang tadi adalah ketika mereka berjalan keluar dari bangunan ibu pejabat DAP Perak

Bagaimana mungkin orang yang sedang berjalan mahu bersurai kerana mereka bukanlah berhimpun!

Manakala 2 orang yang ditangkap pada malam ini pula adalah kerana menyalakan lilin dan menyanyi dihadapan bangunan ibu pejabat DAP itu.

“Malaysia boleh sudah jadi Malaysia tak boleh ! Dulu pakai masa BERSIH, pakai baju kuning tak boleh, masa program PPSMI pakai baju putih tak boleh, pada 7 Mei lalu pakai baju hitam tak boleh,

“hari ini, pasang kanopi tak boleh, pasang belon tak boleh, ambil gambar depan pejabat DAP tak boleh,

“malam ini pula pasang lilin dan menyanyi pula tak boleh,”kata Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing yang ditemui Buletinonline turut sama dalam program berpuasa dan mogok lapar selama 3 hari, disini.

Katanya, tindakan polis sudah menjadi ‘tidak munasabah’ kerana mengikut telunjuk pihak yang meahu mengekalkan kuasa mereka, walaupun merampas secara haram di negeri Perak.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese