30 April 2009

Terengganu: RM700 juta akan diserahkan kepada kerajaan pusat?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/mainSmaasza.jpgMARANG – Dalam keadaan kerajaan pusat belum menjelaskan berbilion ringgit wang royalti minyak, kerajaan negeri Terengganu sebaliknya akan menyerahkan sejumlah RM700 juta dalam bentuk aset tanah dan bangunan kepada kerajaan pusat. (gambar - SMAASZA)

Jumlah yang begitu besar akan diserahkan apabila perjanjian persefahaman penyerahan 14 buah sekolah agama ditandatangani diantara kerajaan negeri dan kementerian pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyarankan agar harta rakyat itu tidak diserahkan kepada kerajaan pusat sehingga selesai penyerahan wang royalti minyak.

Beliau yang dihubungi Buletinonline hari ini berkata kerajaan negeri mesti menjaga amanah selaku pemerintah yang memegang mandat rakyat.

“Menjadi kewajipan kepada kerajaan mempertahankan harta rakyat dan melaksanakan amanah yang diberikan menerusi mandat pilihanraya,

“biar selesai dulu masalah wang royalti yang menjadi hak rakyat, barulah buat kira bicara tentang sekolah agama, sekiranya ia tidak dapat dielakkan,”ujarnya.

Katanya Kerajaan negeri dalam menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh beliau dalam sidang DUN lalu telah menyatakan anggaran harga aset tanah dan bangunan seluruh sekolah-sekolah agama negeri adalah berjumlah RM700 juta.

“kerajaan menjelaskan perkara tersebut menjawab soalan saya; berapakah anggaran aset tanah dan bangunan seluruh sekolah-sekolah agama yang akan diserahkan pengurusannya kepada kerajaan pusat,”jelasnya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese