Umno veteran and Gua Musang calls a press conference to refute press reports on his comments about the new cabinet recently...
Ku Li: By-elections defeat a disgrace - Malaysiakini.tv
UMNO Baru Milik Mahathir - Ku Li - Greenboc
Ku Li nafi puji barisan kabinet Najib - Malaysiakini
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memuji barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemas dan berupaya sebagaimana yang dilaporkan media hari ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di ibunegara, beliau berkata, keupayaan kabinet baru itu belum lagi kelihatan dan adalah tidak adil bagi beliau menilai mereka pada masa ini.
"Apapun, kesemuanya adalah berorientasikan prestasi, itu bagus tetapi
biarlah kita melihat mereka selepas enam bulan sama ada mereka berjaya untuk tidak berkhidmat sebagaimana yang mereka yang sepatutnya lakukan," katanya.
Razaleigh berkata adalah menjadi harapan ramai orang, termasuk dirinya, terhadap kabinet baru untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara kerana jika tidak banyak masalah seperti rasuah, ketidakharmonian kaum dan ekonomi tidak dapat ditangani dengan berkesan, lapor Bernama.
Beliau berkata adalah penting untuk mengadakan pembaharuan dasar dan sistem pendidikan terutamanya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Razaleigh berkata PPSMI tidak berjaya terutamanya bagi pelajar luar bandar yang lebih menjadi "mangsa dasar PPSMI".
Mengenai tindakan perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA), beliau berkata langkah itu bagus tetapi mempersoalkan kenapa tidak semua tahanan ISA dibebaskan.
"Kenapa begitu selektif? Membebaskan hanya sebahagian dan tidak kesemua yang lain? Kehidupan rakyat dan kebebasan tidak boleh digunakan sebagai helah politik," katanya
No comments:
Post a Comment