penawarrinduku: 24 April 2008, adalah tarikh lahir blog ini.Saat dan ketika ianya dilahirkan, saya masih seorang pendidik dengan kementerian Pelajaran di sebuah sekolah di hulu Terengganu.
Selepas setahun menjadi blogger, rupanya kerja seorang blogger tidak semudah menjadi pembaca blog. Apa pun tetap berusaha untuk meneruskan blog ini semampu yang ada.Terima kasih diatas dorongan, komen, teguran , maklumat serta apa jua yang disuakan kepada saya untuk kebaikan blog ini.Tanpa sokongan semua, siapalah laman ini.
Tahniah diucapkan kepada teman pendidik Ust Wan Azhar Wan Ahmad yang telah dipersetujui memimpin Pas kawasan Besut.Beliau seketika dulu sangat terkenal di sabah, kemudian balik ke Besut Terengganu, kemudian di tukarkan ke N9. Kini dah jadi Yang DiPertua PAS kawasan Besut.
Saya sebenar terkejut bila mendapat tahu yang beliau( Ustaz Wan Azhar) boleh di amanahkan jawatan tersebut.Saya jangka kan kalau tidak Ustaz Hussin kekal mungkin ianya bertukar semula kepada ustaz Nik Zawawi, namun jangkaan saya nyata meleset.Saya masih mencari-cari kenapa berlaku begitu di Besut.Saya bukan tidak yakin dengan kemampuan Ustaz Wan Azhar tapi sebab saya tak jangka begitu.Mungkin saya tidak tahu suasana di Besut itu lah sebabnya andaian saya tidak tersasar.
Saya bukan apa, kerana sedikit kebimbangan di Kawasan Besut terlalu banyak sejarah hitam untuk saya ingatkan semula.Mertua adalah bekas AJK Pas Kawasan Besut.Sejarah hitam di Besut amat perit untuk diimbau, namun segalanya telah berlalu, bangunan pun telah kembali kepada PAS kawasan.Tahnian dan terima kasih Ustaz Husin Awang, ustaz Nik Zawawi Salleh.
Selamat meneruskan perjuangan.
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar.
(link)
1 comment:
tahniah buat PAS Besut kerana telah menerima kepimpinan baru, yang lama bukan tidak bagus dan yang baru juga bukan terbagus,semuanya adalah amanat Allah yang perlu dipikul semua,selamat berjuang untuk menegakkan agama Allah,Allahuakbar!!
Post a Comment