07 April 2009

Salahkah Orang Kafir Baca Quran?

Nik Aziz: Tindakan Nga Guna Ayat Quran Tidak Salah



Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat Al-Quran dari Surah Al-A'raf tidak mempunyai apa-apa kesalahan, demikian ditegaskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Siapa pun nak gunakan ayat Quran patutnya dia guna lama dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam," kata Nik Aziz.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kemungkinan Nga tersalah tafsir dan sebagainya kerana tidak menjadi keslahan orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran.


Banyak pihak menyifatkan laporan polis yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan terhadap Nga adalah gimik politik kerana mereka terpukul dengan ayat yang dibacakan oleh Nga tersebut yang mengenai diri mereka.

Laporan polis dibuat oleh Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan wakil-wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat Insan Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Rahimmuddin berkata, tindakan Nga menggunakan Al-Quran dalam ceramahnya ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini.

Seorang pemimpin PAS berpendapat bahawa sebenarnya orang-orang UMNO merasa terkejut orang bukan Islam boleh mengetahui ayat Al-Quran kerana orang UMNO sendiri sebenarnya yang telah lama meninggalkan ajaran Al-Quran.

"Sebenarnya bukan menimbulkan kemarahan umat Islam, tetapi kematrahan umat UMNO," tegasnya.

"Ayat Al-Quran adalah milik Allah dan sesiapa juga samada yang Islam atau bukan Islam boleh membacanya," tambahnya.

"Mereka ini (ahli UMNO) bertindak sebagai pembela ayat Quran kononya, walhal mereka lebih buta Al-Quran dari sesetengah kaum bukan-Islam," tegasnya lagi. - Greenboc

Politik Quran - MSO

7 comments:

Anonymous said...

NIK AZIZ PEMIMPIN POLITIK, BUKAN PEMIMPIN AGAMA. SEMUA BOLEH. ORANG KAFIR MAINKAN AGAMA KAMU PUN KAMU SOKONG. MANALAH AKIDAH KAMU. NAMA AJE TOK GURU. BODOH DUNGU.

ANAK JANTAN

Anonymous said...

ANAK JANTAN, KAMU YANG BODOH DAN DUNGU. UMNO DAH LAMA PERMAINKAN ISLAM DAN HINA HUKUM ALLAH. TOLONG BAGI TAHU AYAT DARI SURAH MANA ATAU HADIS NABI S.A.W YANG MELARANG ORANG BUKAN ISLAM MENYEBUT AYAT AL-QURAN? SEBENARNYA PEMIMPIN UMNO MALU SEBAB ORANG BUKAN ISLAM TAHU LEBIH DARI MEREKA BERKAITAN AGAMA ISLAM......
KHAIRI BUKIT GANTANG

Anonymous said...

anak jantan tak dak teloq ... sikit2 repot polis sikit2 repot polis ... kalau betul2 jantan mai laaaaa ...

IBNU MUSLIM said...

WAHAI ANAK JANTAN SILA BACA ARTIKEL DI BAWAH INI

ISLAM BUKAN MILIK ORANG MELAYU SAHAJA

Semasa saya berada di tingkatan 3, saya pernah hadir mendengar ceramah kempen pilihanraya umum (PRU?) di Kuantan, Dato Lim Ah Lek - BN-MCA (masa tu beliau adalah Ahli Exco Pahang/ADUN) juga memetik ayat Al- Quran minta orang Melayu jangan berpecah belah. Dalam keadaan pelat beliau membaca ayatBerpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah (Ali Imran 103)

Tidak ada report polis dibuat... tak ada media nak sensasikan... tak ada mufti yang komen.

Hari ini gempar ucapan Ahli Parlimen DAP Nga Khi Ming yang memetik ayat Al Quran. Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku Adil dan berbuat baik (An-Nahl: 90)

Tidak ada unsur mempersendakan ayat Al-Quran, sekadar untuk mengigatkan manusia supaya berlaku adil sementelah lagi Islam sangat menitik beratkan soal keadilan. Walaupun pelat namun ia mesti dilihat dari sudut yang positif. Apabila non muslim dah mula menghafal ayat Al-Quran dan membacanya didepan khalayak, maknanya non muslim dah mula menelaah Al-Quran.. Bimbing dan doakan mereka mudah mudahan mereka akan memilih Islam akhirnya.

Dulu kita canangkan DAP anti Islam... namun kini bila mereka mula nak cuba mengenali Islam kita anggap mereka menghina Islam pulak.

Lebih malang lagi bila ada mufti yang membuat komen seolah olah Islam ni adalah hak ekslusif orang melayu. Lain dari melayu dak berhak untuk berjinak dan mengenali Al-Quran. Berjinak jinak dengan Al-Quran dianggap menghina Islam. Sebenarnya sikap golongan agama (ortodok) yang menyebabkan orang kafir makin jauh daripada Islam dan orang Islam berebut untuk murtad.

Apabila pemimpin negara terang terangan menghina Islam, golongan yang makan atas tapak tangan pemimpin ini tak berani memberikan komen. Lihat antara ucapan dibawah...

Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

WAHAI ANAK JANTAN KALO BETUL2 JANTAN SILA PERBETULKAN MENTERI2 KAMU YG HINA ISLAM TU DULU..

Anonymous said...

PEKIDA. Satu ajaran sesat tajaan UMNO.

PEKIDA. Tak percaya al Quran.

PEKIDA. Menghalalkan segala maksiat.

PEKIDA. Sesatdasn menyesatkan.

Awasi anak-anak kita jangan sampai disesatkan oleh pukida.

Anonymous said...

err...ana rasa umnolah paling "islamik" kat dunia ni.sebabnya :
1.Zaid Ibrahim saman kerajaan negeri kelantan sebab mewrtakan undang2 Allah.
2. perkenalkan istilah undang2 Islam tak relevan di bumi m'sia.Barangkali kat madinah zaman nabi dulu tu ada orang arab islam je kot.
3. Mashitah Ibrahim pernah persenda kewajiban menutup aurat dan kewajiabn solat.

sokong umn..selamat dunia...mampus akhirat...

Anonymous said...

anak jantan...nk hina aku,silakan..tapi ulama' jgn sesekali.. bukan nak taksub ulama' tetapi tgk ilmu la..kalau ko akata bodo dan dungu, nk tanya result spm ko dpt brape? aku 8 A..mana cerdik aku ngan mung? tok guru bukan stakat spm , tapi tinggi dari aku dari segi pengalaman , ilmu ,pandngan pemikiran dsb.

Moral cerita: kalau tak dapat 8 A dlm spm atau mce, x pyh kata tok guru bodoh atau dunu, aku awal2 lagi kata kat mung bodo sial.. bodo x reti nk ajar..

Mujahid page

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese