02 April 2009

Rakyat gembira sambut Nizar, 50 tahun bergelap & minum air hujan.





Sikap hipokrit dan diskriminasi Umno dan Barisan Nasional yang berlandaskan perkauman yang tebal hari ini didedahkan kepada dunia apabila calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana penduduk sebuah pulau dalam kawasan parlimen tersebut diabaikan serta dinafikan hak menikmati kemudahan asas sejak lebih 50 tahun di bawah pemerintahan Umno dan BN.

Sambil menyifatkan Pulau Pasir Putih yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Pekan Sungai Kerang di Trong, Taiping sebagai Lost World atau Dunia Terasing, Nizar melahirkan rasa terkejutnya penduduk yang rata-ratanya masyarakat Cina Hokkien terpaksa bergelap dan meminum air tadahan hujan selama lebih lima abad.

"Kita mampu membina Litar F1 Sepang yang menelan belanja lebih 300 juta ringit dan digunakan hanya tiga kali setahun dan kita landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke utara.
"Kenapa pula kita tidak membantu masyarakat di Pasir Hitam hanya kerana mereka berbangsa Cina. Ini adalah satu bentuk diskrimasi dan perkauman yang tidak lagi boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia," kata Nizar dalam ucapan ringkas yang disampaikan kepada penduduk di pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang itu sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan dalam siri lawatan beliau semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Beliau yang tiba dengan bot yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke jeti Pulau Pasir Putih disambut meriah masyarakat China di situ yang mahukan perubahan besar dilakukan oleh Nizar sekiranya dipilih mewakili Bukit Gantang.

"Umno dan Barisan Nasional telah gagal memperjuangkan nasib penduduk Pasir Hitam selama 50 tahun. Saya berharap pada 7 April nanti seluruh masyarakat Cina di sini akan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya isu pengabaian dan diskriminasi ini boleh saya ketengahkan pada peringkat parlimen.
"Penduduk Pasir Hitam berhak menerima pembangunan yang setimpal seperti rakyat Malaysia yang lain," tegas beliau lagi.

2 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

rang2 Pas ni dah mula goyang dengan kehilangan kuasa mereka...baru rasa setahun pegang jawatan memasing dah rasa seronok dan kemaruk...tidak sedar diri diperkudakan oleh bangsat PKR dan DAP...hala tuju perjuangan Pas yang dulu diorang cakap halal dan akan dibalas pahala sehingga balasan syurga pada pemikiran mereka telah menyimpang jauh tanpa disedari oleh mereka....mereka sanggup jual harga diri dengan menderhaka kepada Raja Melayu yang mana dijunjung sebagai pemimpin Islam dalam negara kita ini...mereka sanggup menggadaikan masa depan anak cucu dengan hanya mementingkan kuasa mereka sekarang...seburuk-buruk UMNO selama 52 tahun mendaulatkan maruah bangsa... sebaik-baik Pas sanggup memberikan hak yang lebih istimewa kepada bangsa lain yang hendak menghancurkan agama islam dan bangsa melayu....kalau PKR sibuk cakap tentang DS Najib dan Altantuya yang tidak ada bukti...sudah lupakah mereka tentang Anwar Ibrahim skandal dengan Norlaila satu ketika dulu yang ada bukti kukuh rakaman perbualannya...Guna akal untuk berfikir...tepuk dada tanya iman....

Anonymous said...

Gile rahman nih, ni mesti rahman scammer, broker maut, penipu kontraktor di KL yg sedang berleluasa sekrg ini. Aku kenal rahman nih, cakap pasal tuhan berdegar2, tapi hati n perbuatan nak kata majusi ya juga nak kata nasrani ya juga, senang kata pengikut mat mason bebas...wallahua'lam

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese