01 April 2009
'Politik Baru' Nizar disambut rakyat
Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru
Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata tema penuh kempen PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah “Kekalkan Kemenangan Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru”.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz PAS Air Kuning semalam.
“Tema kempen adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru,
“Kita dah buat politik baru, kita nak perkasakan lagi, kita dah politik baru artinya nak menyatupadukan seluruh rakyat tak ada sentimen perkauman sebagaimana yang ditiupkan sekarang ini oleh UMNO/BN,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Beliau berkata, ia adalah kesinambungan dari pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Katanya UMNO tidak berubah kepada yang lebih baik, malah kepada yang lebih buruk, itu politik lama.
“Dalam beberapa ulasan dan pandangan beberapa pimipinan BN tidak berubah, contohnya Dr.Zamry mengatakan Nizar calon DAP, cakap-cakap macam ini bukan politik baru, politik baru mesti lebih terbuka dan lebih jantan,”kata Mustafa.
Beliau turut mendedahkan beberapa kempen dari penyokong Barisan Nasional yang mengamalkan politik lama dengan membuat ugutan dan kempen yang mengancam keselamatan calon PAS.
“Ini permainan yang melampau, …… kill Nizar…… sepatutnya cara begini tidak… ini jelas bukan dari penyokong Pakatan Rakyat,
“saya minta perkara begini dihentikan, kita berhadap secara jantan, kita harap ppimpinan UMNO/BN betul-betul menghormati sistem demokrasi,”tambahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya amat gembira melihat Sdr Nizar di terima oleh rakyat bukan Islam. Pihak umno telah berkempen yang Sdr Nizar adalah dalang DAP. Adakah umno sudah lupa yang rakyat bukan Islam bukan sahaja memberi undi di Perak bahkan di seluruh Malaysia pada PRU12. Cuma di Bkt Gantang sambutannya amat di luar dugaan.Majulah Sdr Nizar, maju PAS, maju PR dan maju Malaysia.
Kerana UMNO dah tau mereka tak mungkin dapat undi daripada bukan melayu, maka mereka hanya berjuang utk undi melayu.
btw, adakan nama DAP sangat ditakuti oleh melayu???
Nizar membawa wadah baru melalui PAS untuk semua kaum yang menjadi warganegara. This is NEW MALAYSIAN. Bila bersama Nizar tiada Melayu, tiada China tiada India tetapi Malaysian People.
Post a Comment