08 April 2009

Pengumuman Penting - Anwar Di Kejar Wartawan

Kuala Lumpur - sejurus selepas kemenangan yng di umumkan SPR semalam, rakan rakan media berpusu menghubungi serta mendapatkan status pengumuman tergempar seperi mana yang telah di janjikan Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa rakan rakan media lain turut di katakan telah bersedia di hadapan rumah beliau di Bukit Segambaut, dan ada yang telah menunggu di Pejabat Beliau.

Sebelum ini beliau telah membuat satu pengumuman penting di hadapan kira kira 8 ribu orang di Dewan HoK Seng Bukit Selambau dimana sejurus selepas menang pilihan raya kali ini satu kejutan ataupun pengumuman akan di lakukan.

Pada asalnya pengumuman tersebut akan di umumkan pada hari Sabtu yang lalu, namun atas faktor keselamtan Bimbang Barisan Nasional akan bertindak balas secara 'liar," Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangguhkan pengumuman penting bersabit politik negara pada 7 April.

"Berkenaan pengumuman penting yang diperkatakan, kita telah berbincang...kita telah membuat keputusan, kalau kita bagi tahu pengumuman malam ini, risikonya terlalu besar," Anwar memberitahu ribuan hadirin pada satu ceramah di Sungei Lalang, Bukit Selambau, Kedah malam tadi.

"Saya nak tangguh sampai 7 April ini...., menang Bukit Selambau..menang Bukit Gantang...menang Batang Ai, kita sambung pengumuman yang penting ini untuk seluruh rakyat Malaysia," tambah Anwar.

Anwar tidak menghurai atau memberi bayangan mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh beliau pada Selasa ini, selepas berakhirnya tiga pilihanraya kecil serentak di Perak, Kedah dan Sarawak.

Pengarah Strategi Pilihanraya Saifuddin Nasution sebelum ini berkata pengumuman itu memberi kesan terhadap perlantikan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat dan mungkin ada kaitannya dengan kabinet baru.

Beberapa Kabinet hangat di perkatakan akan berhijrah sejauh mana kebenaran itu tunggu hingga sidang media tergempar Anwar di Sri Tropicana Merchant Square. - malayadaily

3 comments:

Ainur68 said...

Salam,

Simple calculation, Anwar kata kalau menang 3-3 PRK, tapi PR dah kalah satu. So, kira tak ada pengumumanlah tu.

Anonymous said...

mungkin pengumumannya ialah RAKYAT PERAK BAKAL MENDAPAT PELUANG MEMILIH SEMULA KERAJAAN NEGERI..tp sape la DSAI utk buat keputusan mcm tu..apapun, cukup2 la DSAI..xpayah la buat gempak lebih2 lg..ape kata kita cuba bertindak dlm senyap lak..tau2 tampuk pimpinan negara beralih kpd pakatan rakyat..baru sempoi..

umalia said...

elok juga buat gempak tu.
bagi kecut perut ssikit

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese