04 April 2009

PAS nafi edar surat, Kecewa dengan fitnah melulu Muhyidin.



BUKIT GANTANG : PAS menafikan tuduhan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin semalam yang mengaitkan pembangkang dengan sebaran risalah palsu dengan menggunakan surat mempunyai letterhead Umno.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata pihaknya menafikan dakwaan tersebut setelah Muhyidin menuduh pembangkang yakni PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai main kotor.

"Saya menafikan tuduhan tersebut, kerana hal seperti ini pernah terjadi dan seperti yang kita maklum Umno di kawasan bukit Gantang ini pun berpecah sekarang kerana tidak setuju dengan calon yang dilantik," ujarnya pada sidang media yang diadakan di Markaz Induk PAS, Air Kuning hari ini.

Menurutnya, jika keadaan demikian berlaku di peringkat dalaman Umno-BN, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa risalah tersebut merupakan satu tindakan sabotaj sesama sendiri.

"Ianya tiada kaitan dengan pihak PAS atau Pakatan Rakyat, mungkin ianya kerja sabotaj orang dalam sesama mereka sendiri."

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese