05 April 2009

Nizar perjelas isu tanah dalam siri kempen


Berita Berkaitan:

Setelah lebih 55 tahun, akhirnya Pak Lang memilih PAS

CHANGKAT JERING - Setelah lebih 55 tahun Pak Lang (gambar di atas) mengundi UMNO akhirnya beliau bertekad untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini. Beliau sudah serik untuk mengundi UMNO kerana tidak mendapat bantuan walaupun telah memohon berkali-kali sejak lebih 55 tahun yang lepas.


Ir Nizar Jamaluddin sempat menjenguk beliau dan keluarga dirumahnya petang tadi. Mereka sangat gembira dengan kehadiran calon PAS dan Pakatan Rakyat bersama rombongan. Nizar juga melayan Pak Lang dengan penuh keramahan.

Pak Lang menceritakan bagaimana suatu ketika dulu (pemerintahan UMNO sebelum Pakatan Rakyat memerintah) dia pernah meminta dengan ketua kampung agar membaiki rumahnya yang hanya di bina dengan atap rumbia dan kayu berlian. Walaubagaimanapun beliau tidak mendapat bantuan mahupun sokongan daripada ketua kampung. Akhirnya beliau terpaksa menggunakan titik peluh sendiri untuk memperbaiki rumahnya.

Selain itu, Pak Lang juga berjanji dia, isteri dan dua orang anaknya akan mengundi Ir Nizar dalam pilihan raya kali ini, kerana serik dengan BN yang hanya mementingkan diri dan tidak mengambil peduli nasib rakyat.

Nizar berjanji jika Allah memberikan kemenangan kepadanya, beliau akan berusaha membantu Pak Lang dan para penduduk di Parlimen Bukit Gantang yang rata-ratanya adalah orang miskin.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese