21 April 2009

Minggu Tidak Menonton Televisyen 21-27 April 2009



PETALING JAYA : Mari menutup televisyan dan meluangkan masa bersama anak-anak beriadah bermula hari ini sehingga 27 April.

Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca) menganjurkan proram kesedaran “Minggu tidak Menonton Televisyen” bermula hari ini dan barakhir Ahad ini bertujuan untuk menggalakan ibubapa supaya menghabiskan masa bersama anak-anak dengan membuat pelbagai perkara lain sebagai alternatif kepada terlalu taksub tenga rangcangan TV.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung pagi tadi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh Penolong pengurus Komunikasi dan Sumber MobilisasiEra Consumer Malaysia Saravanan Thambirajah berkata ada berbagai cara dan pendekatan yang dapat di ambil oleh ibubapa untuk memahami anak-anak mereka.

“Tujuan program kesedaran ini adalah untuk memberi alternatif dan kesempatan bagi meraka yang selama ini hanya membiarkan anak-anak terlalu taksub dengan arangcangan TV sehingga tiada hubungan komunikasi diantara ibubapa dan anak-anak,” jelas Saravanan

Kempen tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini bertujuan untuk mengalakkan para ibu bapa untuk menutup televisyen mereka di rumah dan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dengan membuat perkara-perkara lain.

Mengapa tidak menonton televisyen?

Menonton TV telah menghabiskan masa yang sepatutnya diluang bersama-sama keluarga. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya obesiti dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.

“Menonton televisyen yang berlebih-lebihan untuk tujuan rekreasi telah menyebabkan wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Justeru ia tidak baik dari segi mental mahupun fizikal,” jelas Paul lagi

Program ini membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari. Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan masa antara 4 hingga 6 jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru.

Siapakah yang perlu mengambil bahagian?

Kempen ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam minggu tidak menonton televisyen. Kanak-kanak dan golongan dewasa, kaya dan miskin – tanpa mengira latar belakang dan lapisan hidup – mengambil bahagian melalui sekolah, institusi agama, kumpulan komuniti, keluarga dan individu-individu.

Adakah Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya!

Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh Sekretariat Minggu Tidak Menonton Televisyen sebagai susulan kepada kempen yang dijalankan, didapati 90% daripada peserta tersebut berjaya mengurangkan menonton televisyen setelah menyertai kempen ini.

TUTUP TV DAN MULAKAN HIDUP ANDA ! ! ! - SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese