10 April 2009

Menteri baru dan gelombang kedua PPSMI

Prof. Abdullah Hassan : Gerakan memansuhkan PPSMI (GMP) sedang menyusun strategi bagi melaksanakan gelombang kedua dalam perjuangannya.

Seperti dahulu, ada dua kementerian yang terlibat dalam dasar ppsmi, iaitu:

1. Menteri pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalannya: Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri Pelajaran, beliau dilihat sebagai pro-ppsmi
Menteri Pelajaran, beliau dilihat sebagai pro-ppsmi
Dr. Puad Zarkashi mungkin dapat membantu
Dr. Puad Zarkashi mungkin dapat membantu


2. Menteri pengajian tinggi: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalannya: Datuk Dr Hou Kok Chung, Datuk Saifuddin Abdullah

Apabila kedua-dua kementerian ini dikekalkan, GMP terpaksa berhadapan dengan dua birokrasi yang berlainan. Kesulitannya adalah GMP mestii berhadapan dengan dua kementerian. Maksudnya kita terpaksa bekerja dua kali lebih keras.

Memang ada baiknya.

Baiknya adalah, pewajaran mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar adalah berlainan pada tahap sekolah dan pengajian tinggi.

Pada tahap sekolah kita berhadapan dengan masalah menyampaikan pelajaran. Itu sangat utama. Dalam pengajian tinggi, isu menyampaikan pendidikan juga penting. Namun pada tahap ini kita terlibat dengan penghasilan ilmu, pembinaan kepustakaan, dan kreativiti peribumi. Ini adalah isu-isu yang mewajarkan pengajian tinggi disampaikan dalam bahasa ibunda.

Datuk Seri Khalid Nordin, diam-diam mengarahkan universiti mengajarkan kursus bukan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris

Datuk Seri Khalid Nordin, diam-diam mengarahkan universiti mengajarkan kursus bukan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris


1 comment:

Anonymous said...

Mampukah Tan Seri Muhyiddin dan timbalannya Datuk Dr Wee ka siong/Dr. Puad Zarkashi menangkis segala tomahan berkaitan dengan "PPSMI'...?

Kita ingin mendengar pendapat mereka diantara kebaikan dan keburukannya dalam memperjuangkan PPSMI.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese