05 April 2009

Khairy disiasat oleh Lembaga Disiplin...

KUALA LUMPUR : Siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan buat olah Lembaga Disiplin Umno dalam masa terdekat ini.
Sasaran utama Perdana Menteri Najib Razak kini adalah meneruskan pembersihan parti daripada penyokong mantan beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Khairy merupakan sasaran utama beliau dan mentornya Dr Mahathir Mohamad yang akan memastikan perkara ini berlaku.

Khairy antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno Mach lalu berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding bersabit kesalahan yang sama.

Beliau berkemungkinan tidak sempat untuk memanaskan kerusi yang disandangnya dengan berasaskan politik wang itu apabila hangat diperkatakan bahawa Lembaga Disiplin Umno telah menerima maklumat baru berkaitan penglibatan rasuah dalam perebutan jawatan semasa penamaan calon bulan lalu.

Jika beliau disabitkan dengan kesalahan rasuah, berkemungkinan Ketua Pemuda itu akan terpaksa mengosongkan jawatan partinya dan ini akan membuka laluan kepada dua calon yang kalah untuk memangku jawatan Ketua Pemuda untuk tempoh tiga tahun.
Dimata umum, kerjaya politik Khairy tidak akan kemana selepas bapa mertuanya meletakan jawatan, beliau juga akan mendapa tempias yang sama secara tidak langsung.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak 2006 telah tidak henti-henti mengkritik pentadbiran Abdullah sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.
Dr Mahathir sendiri mendakwa Khairy mempunyai pengaruh besar ke atas bapa mertuanya itu semasa di dalam kerajaan dan menyalahkan menantu Abdullah terhadap penurunan populariti kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah.

Dengan Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu Dr Mahathir sebagai penasihat beliau akan memastikan kerjaya politik Khairy dalam umno akan ditamatkan riwayatnya secepat mungkin di atas perasaan dendam beliau terhadap anak muda yang berpotensi itu.
Khairy dalam Umno yang dikelilingi oleh orang-orang Najib sudah tentu akan terasa tergugat dan ini akan mencetuskan pergolakan yang lebih serius dalam parti yang sudah pun menghadapi masa depan yang semakin pudar dan gelap berikutan kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum ke 12 pada 2008. - SK

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Jika KJ dikenakan tindakan disiplin, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Razali dan bukannya calon yang kalah.

Jika KJ didapati salah dalam politik wang, ia wajar dihukum dan mengesahkan lagi kebenaran kata kata Mahathir dan bukannya politik balas dendam.

Jangan manipulasikan cerita sekadar untuk mempermudahkan diri tuan ke neraka.

Anonymous said...

Saya tertarik dengan 2 baris terakhir komen Kluangman.

Kluangman, orang pas ni dia tak dimakan dosa, sebab dia sokong parti pas. Jika mereka ada dosa dan neraka maka tidak akan ada banyak tulisan dalam blog yang kononnya menyokong pas, tetapi faktanya penuh dengan pembohongan, penipuan, hasutan, dan segalanya menyatakan orang lain serba tak kena. Golongan mereka saja yg kena. Kalau Nik Aziz, Hadi, Husam, M Sabu, Mahfuzzzzz, katalah apa sahaja, hatta lembu terbang pun akan dibenarkan oleh puak mereka.

Semua itu bermakna mereka itu maksum ka?

BENCI MEMPERGUNAKAN ISLAM

Anonymous said...

Saudara,

Kalau dah orang Islam tak boleh guna islam, habis tu nak guna apa ? nak guna hujah dalam bible pulak ? fikirlah. jangan jadi jumud tak bertempat. Orang Islam kena pergunakan Islam sebab Islam itu agama pada orang Islam. jangan pulak kita mengaku orang Islam tapi takut nak tunjuk kita seorang Islam.

kadang-kadang orang Islam ni bengong dan bodoh tak bertempat. dah nama orang Islam kenalah guna Islam. takkan nak guna agama lain... Islam tak mudah dipergunakan dan diperkotak-katikkan tapi orang Islam yang berfikiran sempit sahaja yang takut menggunakan Islam. takut sangat nak guna Islam kenapa?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese