23 April 2009

Kes Sagong Tasi : Selangor Tarik Balik Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan



KERAJAAN SELANGOR TAMATKAN PERBALAHAN PENDUDUKAN TANAH DENGAN KAUM TEMUAN DALAM KES SAGONG TASI

SHAH ALAM: Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri (AMMKN / EXCO) hari ini memutuskan untuk menarik balik rayuan Kerajaan Negeri kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan kes Sagong Tase pada tahun 1995, yang melibatkan pendudukan tanah pusaka kaum Temuan seluas 38.477 ekar di Bukit Tampoi, Dengkil.

Kerajaan Negeri percaya keputusan Rayuan Mahkamah yang menyatakan bahawa pendudukan tanah tersebut tidak sah dan kaum Temuan berhak mendapat ganti rugi, hendaklah dihormati. Ekoran keputusan tersebut, esok Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri bakal menemui Mahkamah Persekutuan bagi memberitahu hasrat Kerajaan Negeri menariki balik kes tersebut.

Kerajaan Negeri memang memberi perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan dalam hal menggazet tanah pusaka Orang Asli dan membentuk Jawatankuasa Khas Tanah Orang Asli yang bakal dilancarkan pada 4 Mei 2009 bagi mengkaji soal tanah dan isu-isu lain yang berkaitan. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji keperluan meminda enakmen khas untuk melindungi hak-hak kepentingan Orang Asli berhubung pendudukan tanah pusaka.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor berharap keputusan ini mampu mengeratkan hubungan keraja yang diperlukan bagi menangani banyak masalah yang berkaitan Orang Asli yang semakin dipinggirkan daripada arus pembangunan. Kerajaan Negeri percaya usaha melindungi hak-hak tanah pusaka rakyat pribumi sebagai langkah ini yang tepat dan berazam untuk memberikan layanan yang adil kepada komuniti Orang Asli oleh sebab mereka pun berhak menerima layanan yang saksama sebagaimana dinikmati oleh warganegara Malaysia lainnya.

TAN SRI DATO ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese