09 April 2009

Kes Altantuya : Peguam Azilah dan Sirul buat rayuan


SHAH ALAM : Peguam kepada Cif inspektor Azilah Hadri and Korporal Sirul Azhar Umar, Hasnal Rezua Merican akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan keatas mereka oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd zaki Mohd Yassin pagi tadi.

Manakala Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya juga menyatakan bahawa sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Menurut ketua pihak pendakwaraya Tun Majid Tun Hamzah, pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

“Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman,” kata Karpal Singh kepada pemberita diperkarangan mahkamah pagi tadi.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Kedua-dua mereka didapati bersalah di atas tuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu di kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Puncak Alam, antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu.

Altantuya. dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4 di kawasan hutan di Puncak Alam.

Kes berprofil tinggi ini yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak dituduh bersubahat dengan pembunuhan berkenaan.

Sejak kes terbabit diketahui umum, Najib berulangkali terpaksa menafikan sembarang pembabitannya dalam kes tersebut yang mengundang liputan meluas di merata dunia.- SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese