02 April 2009

Esok! Pakatan Rakyat mohon Agong tangguhkan perlantikan Najib.



Pakatan Rakyat menghantar surat khas memohon Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok.

Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, mereka memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Surat itu ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Turut disertakan nama 81 anggota Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat.

Surat yang dihantar ke Istana Negara: (DiSini)

1 comment:

Anonymous said...

pakatan rakyat..???
sama mcm hindraaf lh tu...
pertubuhan HARAM....!!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese