Setibanya di pejabatnya di tingkat dua bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, Elizabeth disambut oleh rakan exconya Ronnie Liu dengan sejambak bunga.
Beliau tiga kira-kira jam 9.30 pagi dan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat pelancongan.
ADUN Bukit Lanjan itu merupakan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor.
Semalam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Elizabeth memberitahu pemberita bahawa beliau bersemangat untuk memulakan tugas hari ini.
Katanya, beliau telah menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.
Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar menunggu di depan pejabatnya.
Katanya beliau akan menemui pihak media selepas selesai mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, pegawainya kemudian memberitahu bahawa Elizabeth tidak dapat menemui media kerana terpaksa menghadiri banyak program hari ini. - malaysiakini
No comments:
Post a Comment