16 April 2009

Dewan Bedah Hospital Daerah Besut Tidak Selamat

Kuala Terengganu - Dewan bedah Hospital Daerah Besut di Jertih yang menelan belanja jutaan ringgit belum dapat digunakan meskipun ia telah siap dibina beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokthar berkata demikian dalam menjawab soalan ADUN Wakaf Mempelam Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Dr A.Rahman berkata berikutan hasil beberapa siri ujian termasuk ujian kebersihan dan ujian suci hama yang dilakukan mendapati ia tidak selamat untuk digunakan.

Jelasnya, mengikut jadual pembinaan, dewan itu siap pada 30 November 2005 tetapi penggunaannya terpaksa ditangguhkan kerana masalah tersebut.

''Jadi isu bangunan 'berkulat' seperti dibangkitkan anggota pembangkang tidak betul sebab yang penting kita mahu memastikan ia 100 peratus selamat digunakan," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Hj. Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah bangun dan menyatakan maklumat tentang bangunan tersebut berkulat diberitahu kepada beliau di Parlimen oleh Ahli Parlimen Besut.

Pendedahan Wahid kemudiannya dihalang oleh Yang Dipertua Dewan seolah-olah mahu menutup perbezaan pendapat antara Dr. A Rahman yang juga ADUN Kuala Besut dengan Dr. Abdullah Mat Zin berkenaan masalah hospital berkenaan.

3 comments:

datuk said...

Apa punya jawapan yang dia bagi ni? Kata tak berkulat tapi ujian-ujian dilakukan kata tak selamat.....tak selamat dari apa? Dari 2005 sampai kini tak selamat lagi ke ataupun dah lama "selamat" projek ni?

Unknown said...

Sebarang masalah akan diatasi bilamana Peminpin UMNO BN terpaksa lalui di Hospital tersebut. Kalau depa pi hospital swasta..alamatnya masalah hanya akan menjadi kenangan je lah..

HaHs said...

Betullah dia cakap tu.

Tak selamat kat kita,
Selamat kat kontraktor kroni dia,
Tak berkulat kat dia (sbb dah mmg busuk)
Berkulat kat rakyat sbb nak sihat dan bersih.
Berkulat tu lebih menakutkan dari tak selamat
sbb tak selamat maksudnya tak perlu bukak hospital.
Itu agaknya pemikiran Dr yg ada dalam Umno kot.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese