04 April 2009
Bukit Gantang, Bukit Selambau & Batang Ai: Kebangkitan rakyat sudah bermula.
Pilihanraya kecil pada kali ini bukan sahaja di Bukit Gantang malah di Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan satu pungutan suara rakyat terdapat Barisan Nasional (BN) yang menyatakan bahawa rakyat sudah tidak menerima kerajaan BN.
Ini boleh dilihat apabila kumpulan Pakatan Rakyat (PR) berkumpul di Lubok Antu ramai penduduk setempat datang berjumpa dan ada yang membawa bendera PAS yang besar seakan-akan mereka bermegah dengan membawa bendera tersebut.Dalam pada itu, polis turut mencuba untuk merampas bendera berkenaan. Ini dinyatakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam ceramahnya di Trong.
" Semasa kita (PR) ke Lubok Antu, pertama kali dalam sejarah ramai penduduk di kawasan tersebut datang menyambut dan bertemu dengan kita (PR). Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah sedar bahawa mereka sepatutnya menolak BN," katanya.
Sehinggakan calon BN terpaksa menangguhkan jadualnya ke tempat yang sama untuk bertemu dengan penduduk kawasan tersebut kerana ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong di situ.
Ini menunjukkan gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula dan inilah masa yang sebaiknya untuk rakyat membuat perubahan.
Disebabkan penculikan ketiga-tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Exco Perak, sekaligus akan meningkatkan harapan politik di Malaysia supaya adanya perubahan pemerintahan dan ianya tidak lagi dikongkong oleh parti yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi sebenarnya tidak mengenali rakyat dan kehendak mereka.
Ini boleh dilihat seperti di Selangor dimana dalam tempoh setahun Pakatan Rakyat memerintah banyak perubahan dilakukan terutamanya memelihara kebajikan rakyat.
Tetapi jika dilihat dibawah pemerintahan bekas Menteri Besar Selangor iaitu Khir toyo, kerja yang dilakukan oleh beliau tidak menguntungkan rakyat malah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi seperti bercuti di Disneyland bersama keluarga dan membeli barang-barang yang berjenama untuk kepentingan peribadi. Ini nyata menunjukkan bahawa beliau tidak boleh mengurus wang rakyat dengan baik.
Tambah beliau lagi, sepanjang 45 tahun rakyat Lubok Antu menyokong BN, malangnya masih ada lagi masyarakat Iban yang hidup dalam kemiskinan. Kebajikan masyarakat tidak dijaga walhal sudah bertahun-tahun BN memerintah.
Diharapkan rakyat sedar bahawa pilihanraya kali ini cukup penting dan rakyat diharapkan menolak BN demi untuk masa depan negeri Perak kerana telah banyak kesalahan yang dibuat sepanjang BN memerintah Perak.
Turut hadir di ceramah berkenaan adalah calon PAS, Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun hujan lebat, ramai penduduk setempat membanjiri tempat ceramah tersebut.- prk059.pas.org.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment