“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. AL-A’RAF, 7:204
Video: Nga Kor Ming Ungkap Beberapa Potong Ayat Al Quran
Tidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.
Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.
"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.
Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.
Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran.
“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.
“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.
“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.
Nga juga mengecam akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.
“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.
3 comments:
Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.2009. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.
Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).
Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.
Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.
Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.
Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.
Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.
Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.
YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?
Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem barbau Islam.
Saya setuju dgn pendapat asalbayu dan tuan blogger. Islam rahmatan lil alamin. Mereka semua dah beratus tahun dijajah. Disempitkan oleh pemerintahan UMNO lebih 50 tahun. Dia org merasakan Islam dan Quran privilege org melayu islam. Kebanyakan melayu di malaysia tiada pendedahan secara fizikal dgn org islam lain selain melayu itu sendiri. Mereka tahu ada org lain beragama islam seperti yg dilihat di tv tapi mereka lebih tahu dan lebih islam dari bangsa lain. Kebanyakan mereka belum pernah ke luar negara dan melihat org asing yg beragama islam atau org bukan islam yg lebih tahu islam dan al quran daripada kebanyakan orang islam. Mereka tidak pernah mengalami seperti sesetengah ustaz kita yg mengambil master dan phd didlm bidang islam tetapi pensyarahnya merupakan org yg bukan islam tetapi tidak sedikit pun goyahnya pendirian mereka tentang islam. Mereka tidak menjadikan ajaran islam, al quran serta ulama sebagai panduan kehidupan dan amalan mereka seharian. Ilmu yg mereka pelajari hanya sekadar untuk lulus periksa, membolehkan mereka solat dan baca quran serta amalan keperluan masyarakat kampung. Bukan sebagai kegunaan dan panduan harian kerana telah dimomokkan dan diamalkan oleh keluarga serta kerajaan sejak turun temurun lagi. Jadilah kita hamba allah secara takliq (ikut-ikutan). Minta izin tuan blogger, Bersama2 berkongsi pendapat di blog saya. http://shah-hahs.blogspot.com
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. surah al-Taubah.ayat 17.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.. surah al-Taubah ayat 18.
PENYOKONG PAS HARUS FAHAM DAN PERCAYA DGN SURAH AL-QURAN INI.
JANGANLAH DGN YB MAH-KOMENG DPT AYAT SEPOTONG DAH JATUH CINTA.
Post a Comment