04 March 2009

UMNO mungkin sekali lagi diisytihar haram

Kuala Lumpur: Pemilihan UMNO bulan ini menanggung risiko diisytiharkan tidak sah, malah seluruh parti itu berkemungkinan menjadi pertubuhan haram jika sekumpulan ahli parti meneruskan hasrat mereka mengambil tindakan mahkamah.

Dua tokoh veteran Umno, Mazlan Harun dan Kadar Ninam Shah mengugut untuk mendapatkan perintah mahkamah menghalang pemilihan itu berikutan kegagalan kepimpinan parti bertindak ke atas lebih 1,000 aduan sogokan wang membabitkan pemimpin dan perwakilan UMNO.

Tindakan mereka boleh membawa kepada apa yang berlaku pada tahun 1988 apabila 11 ahli UMNO memohon kepada mahkamah untuk membatalkan keputusan pemilihan parti kerana disertai oleh perwakilan tidak sah.

Hakim kes itu bagaimanapun mengisytiharkan seluruh parti itu sebagai pertubuhan tidak sah, memaksa UMNO dibubarkan.

Tindakan Datuk Mazlan, anak bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Kadar, anak bekas pengerusi tetap UMNO, Sulaiman Ninam Shah, kini boleh membawa kepada UMNO Baru menerima nasib sama.

Pada sidang media bersama, Mazlan dan Kadar mendesak pucuk pimpinan dan Jawatankuasa Disiplin UMNO menangani segala aduan rasuah dan politik wang secara berkesan sebelum Perhimpunan Agung bermula.

"Kami tidak akan teragak-agak bertindak termasuk kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang atau menangguhkan mesyuarat pemilihan agung jika pihak

yang terbabit masih enggan atau tidak dapat menyelesaikan masalah aduan rasuah yang telah dibuat oleh ahli parti sendiri," kata Mazlan.

Beliau berkata kebanyakan ahli Umno di akar umbi kesal dengan keputusan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa jawatankuasa disiplin parti tidak perlu lagi menyiasat atau mengambil tindakan terhadap 45 daripada 90 aduan rasuah politik.

Mazlan berkata secara keseluruhan, UMNO telah gagal menangani lebih 1,000 aduan rasuah politik yang "membayangkan pemimpin-pemimpin Umno tiada kekuatan semangat politik untuk membersihkan amalan rasuah yang semakin berleluasa di kalangan ahli serta pemimpin parti itu sendiri."

"Sehubungan itu, adalah perlu bagi kami memilih jalan mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah untuk menangguhkan dulu mesyuarat pemilihan agung Mac ini," jika keadaan ini berterusan, kata Mazlan.

Kadar berkata langkah mendapatkan injuksi mahkamah adalah untuk mempertahankan kewibawaan Umno yang semakin hilang kepercayaan rakyat.

Menurutnya, beliau dan Mazlan telah membuat laporan kepada Badan Pecegah Rasuah, pada 5 Ogos 2008 dan sebulan selepas itu berserta bukti rakaman video serta dokumentasi yang mengaitkan pemimpin tertentu UMNO kepada rasuah politik.

Agensi itu yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengambil sebarang tindakan. .

Sebaliknya Perdana Menteri mengumumkan semua kes rasuah Umno ditutup dan tidak perlu membuka kes rasuah pemimpin parti. Langkah itu sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan membabitkan kesungguhan pemimpin tertinggi parti membanteras rasuah di dalam Umno.


1 comment:

malaysia baru said...

Eloklah UMNO di haramkan daripada hidup menyusahkan orang Melayu.

UMNO dah sampai masa untuk lupus...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese