18 March 2009

'Say No To Najib'



Bukit Gantang – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,

“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.

Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.

“Pendirian AMK tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,”katanya yang menegaskan banyak perkara dakwaan berkaitan penyelwengan dan salah laku tidak dijawab oleh Najib.

Beliau berkata dalam soal rasuah pembelian Eurocopter, AMK telah memfailkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia sebelum ini.

Namun katanya, tidak ada apa-apa penafian atau pengakuan yang dibuat oleh Najib berkenaan dakwaan rasuah itu.

“Transaksi pembelian Eurocopter telah selesai, pelantikan kontraktor pembekalan telah selesai, pembelian Eurocopter hanya ditangguhkan, bukan dihentikan,”ujarnya.

Selain kes itu, Shamsul berkata, dakwaan terbaru akhbar Perancis ‘Liberation’ menambahkan lagi keyakinan AMK bahawa Najib terbabit dengan skandal pembelian kapal selam.

“Kita telah membuat pihak polis, dan polis berjanji mereka, akan membuat penyiasatan terhadap perkara itu, kerana ia adalah penemuan baru,”katanya.

Beliau berkata Najib juga tidak membuat penafian atau pengakuan terhadap kenyataan bersumpah Fauzi Muda yang membaitkan Najib dengan cubaan membeli (ADUN) dengan nilai RM50 juta.

“Sebab itu kita mengatakan, kita tidak boleh terima, pertama kali dalam sejarah, kita ada seorang bakal perdana menteri yang rosak akhlak dan moralnya,

“kalau orang yang didakwa bersih ‘Mr. Clean’ Abdullah Ahmad Badawi, tidak begitu (not very clean) dan ditolak oleh rakyat, apa jaminan terhadap Najib (yang dituduh melakukan penyelewengan),”tegasnya. buletinonline

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese