22 March 2009

PRK Bukit Gantang, UMNO/BN Tekan Polis

Sidang Media PRK Bukit Gantang oleh Pengarah Operasi Hj Asmuni Awi dan Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pengarah JPPP Dato' Mustafa Ali



“Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat”

Bukit Gantang – Jentera piliharaya PAS yang menerajui Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan menggunakan pendekatan 3 M bagi mengekalkan kemenangan rakyat.

“Tema kepada kempen pilihanraya pada pilihanraya kali ini adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat’,

“Bagi memastikan para pengundi akan memihak kepada kita (PAS dan Pakatan Rakyat) ialah dengan strategi 3M iaitu, ‘Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan’ hati para pengundi,”kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi dalam sidang media yang di adakan di markaz Air Kuning hari ini.

Dalam sidnag yang dipancarkan secara langsung itu, beliau turut memaklumkan pihak media, Majlis Pemasyhuran Calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat dari PAS adalah pada hari Isnin, di Padang Taman Kota Jaya, dekat sini.

Katanya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon dalam majlis pada malam itu.

“Kami telah pun mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Taiping, bagi majlis tersebut yang akan diiisytiharkan sendiri oleh Dato’ Presiden (PAS),”tambah beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Oleh itu katanya, kami mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping yang memberikan kebenaran tersebut.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Haji Mustafa Ali.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese