02 March 2009

Presiden PAS: Pentingnya Kerajaan Perpaduan



Kerajaan perpaduan, negara tanpa pembangkang

Oleh Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden.

Seorang wartawan dari portal berita Mandarin mohon saya ulasan berkenaan apa yang dikatakan "unity government" yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Begitu juga seorang penyokong tegar PAS berbangsa Tionghua dari Kelantan, minta penjelasan adakah ini bermakna PAS dan Umno akan bergabung dan mengadakan hubungan kerjasama politik?

Seorang wartawan dari portal berita Mandarin mohon saya ulasan berkenaan apa yang dikatakan "unity government" yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Begitu juga seorang penyokong tegar PAS berbangsa Tionghua dari Kelantan, minta penjelasan adakah ini bermakna PAS dan Umno akan bergabung dan mengadakan hubungan kerjasama politik?

Ternyata yang mereka maksudkan itu adalah cetusan gagasan baru yang cuba dilontarkan oleh Dato� Seri Tuan Guru Presiden PAS. Ia bermula semasa beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan diikuti dengan temuramah khas bersama Malaysian Insider dan akhbar Siasah di bangunan Parlimen.

Gagasan baru ini tidak sekadar melibatkan Umno dan PAS malah lebih besar lagi ia mencadangkan kerjsama politik secara "total" melibatkan semua pemain-pemain dalam gelanggang politik tanahair . Beliau mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang menyatukan bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Mendakap realiti semasa yang menampakkan suasana muram dan mencemaskan samada dari perspektif ekonomi maupun politik, maka demi kepentingan rakyat dan Negara Tuan Guru mencadangkan agar semua pihak mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semaja atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan atau "unity government" yang akan melihat semua parti bersatu membentuk satu kerajaan demi rakyat dan Negara.

Di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat itu beliau menyebut:

"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri."

Dalam suasana politik hari ini ia mungkin sesuatu yang sukar difikirkan namun jika kita semua meletakkan kepentingan Negara di hadapan, pembelaan nasib dan kebajikan rakyat agenda utama kita, maka tidak mustahil cadangan ini dapat dilaksanakand engan syarat semua pihak jujur dan ikhlas.

Mengapa cadangan ini perlu dipertimbangkan?

Dari sudut politik kita melihat pasca PRU ke 12 menampakkan perubahan besar ke atas lanskap politik tanahair. BN menang dan mengekalkan kuasa diperingkat Pusat namun kehilangan majoriti duapertiga di Dewan Rakyat. Pakatan Rakyat pula berjaya menundukkan BN di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia walaupun mereka kekal berkuasa di tujuh negeri lain (Sarawak tiada pilihan raya negeri).

Rentetan lanskap baru ini rupa-rupanya mencetuskan pula beberapa insiden politik yang tidak menampakkan kestabilan dan meyakinkan rakyat. Perebutan kuasa terus menerus berlaku sehinggakan pihak istana turut terlibat dan terbabit secara langsung.

Ini suatu fenomena yang baru dan rakyat semakin resah dan cemas mengikuti perkembangannya.

Tuan Guru melihat perkara ini tidak wajar dibiarkan berlarutan kerana ia bakal mengundang perbalahan dan perpecahan yang lebih serius yang akhirnya bakal merugikan rakyat dan Negara.

Kemudian dari sudut ekonomi kita masing-masing sedar betapa suasana ekonomi global kini begitu meruncing dan kegawatan besar di Amerika Syarikat dan Eropah bakal singgah dan mempengaruhi ekonomi Negara kita. Kita masing-masing bertanggungjawab mempertahankan Negara kita dari ancaman ekonomi ini dan sama-sama perlu menyatukan idea dan fikiran untuk meminimakan impaknya nanti ke atas rakyat dan Negara.

Kerana itulah, demi mengelakkan krisis yang lebih besar dari sudut politik dan ekonomi, maka pilihan yang ada bagi kita yang perlu difikirkan secara serius oleh semua pihak adalah ke arah "Negara tanpa pembangkang" ini.

Bagaimana ia mahu digerak dan dilaksanakan, maka kita serahlah pada pucuk piminan tertinngi semua parti agar berani tampil ke hadapan untuk menyahut pelawaan ini dan memikirkan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan Negara.

Kita mendoakan agar semua pihak memikirkan idea ini dan jika boleh bersama-sama bergerak ke arah perlaksaannya. Ia bukan sekadar baik buat PAS atau Umno tetapi sebenarnya akan baik buat BN dan PR dan lebih penting lagi buat semua rakyat Malaysia yang dahagakan kestabilan dan perpaduan itu.
chegubard: Kerajaan Perpaduan cadangan yang ibarat masuk “lubang ular” dua kali
Suhaimi Said : Lupakan Saja Kerajaan "Perpaduan"

2 comments:

Anonymous said...

kat mana saya boleh dapat ucapan penuh komen tuan guru nik aziz tentang isu nama Allah...

kat surat khaba perdana nie... dorang suke cari kata2 kontrorversi saje...

kadang2 full komen kita tak dengo.. dorang just ambik certain part saje.. soo kita tau pun sikit aje lah...

nanti reply aje lah kat sini... nanti saya check balik..

Anonymous said...

apa masalahnya kalau kita berikan peluang dahulu? sebab ianya bukan pas akan bergabung dengan umno pun .. tak salah kite menyokong TGHA ...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese