10 March 2009
Pertemuan Dengan Pak Lah
Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.
Saya dijadual ke madrasah untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.
Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!
Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.
Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.
ANWAR IBRAHIM
Shamsul Iskandar : PM Abdullah dan DSAI : Makan Tengahari Untuk Keamanan !
MSO : Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam
kalau benar apa yg dilaporkan maka kita patut bsyukur dgn Allah sebab Allah telah menemukan kita satu jalan meapatkan saf antara umat melayu islam
kita lupakan masalah yg lalu dan kita bina hati umat islam yg tulen demi keagungan agama kita
lepas ni kita harap akan dengar satu perubahan dalam arena politik yg menyaksikan perpaduan sesama kita..
saya tak mahu menilai apa yg blaku dari sudut yg sempt w/pun saya tak suka kan anwar tapi kalau Allah dah buka pintu hatinya maka sama samalah kita bdoa semoga malaysia selamat sejahtera.. aminn
salam
Nampak sgt dlm hari-hari terakhir beliau, Pak Lah hanya nampak Anwar saja yg layak mengambil tempatnya dan membiarkan Najib dgn Antatuyanya.....
Post a Comment