17 March 2009

Nik Aziz: Saya perit untuk berpakat dengan Umno

Sebagai memberi respon berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.



Nik Aziz tolak kerjasama dengan BN

KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan mewujudkan kerajaan campuran Pas dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden Pas Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya cadangan itu,” katanya.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.

Berikutan dua hari lalu, Dewan Pemuda Pas menyuarakan sokongan terhadap cadangan itu dan menganggap ia dibuat pada masa yang tepat.

Cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.

Muhyiddin berkata PAS perlu mengemukakan secara terperinci tentang bagaimana kerajaan campuran itu mahu dibentuk sebelum apa-apa pertemuan dapat dibuat.

“Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Kampung Parang Punting, dekat sini semalam.

Bagaimanapun, katanya pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti. - SK

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Menyeru dan nak buat sesuatu yang baik bukannya mudah, banyak halangan, godaan datang dari syaitan dan iblis dengan berbakul alasan dan ulasan.

Kadang kadang syaitan dan iblis ini menyamar jadi tokguru.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese