06 March 2009

Kuburkan PPSMI

Lihat Klip Video Puisi Untuk Hishamudin Oleh Daeng Rakil.

Kemaman - “Saya sampai dari Kuala Lumpur petang ini, dan akan pulang selepas jam 12 malam ini, selepas ceramah, akan sampai di Kuala Lumpur (pula) pada jam 4.00 atau 5 pagi esok, dan jam 8.00 saya ada temujanji dengan pihak polis dan pihak istana,” kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu hadirin dalam siri ceramah ‘Kuburkan PPSMI’ di Dataran Mak Chili dekat sini semalam.

Hari ini Malaysiakini melaporkan Hasni memberitahu polis membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Bagaimanapun polis melarang perarakan ke Istana Negara seperti dirancang dan hanya membenarkan para penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI berhimpun di Masjid Negara bermula jam 2 petang.

Sementara dua lokasi lagi yang dirancang GMPPSMI, di Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo masih tidak jelas.

Kebenaran itu dimaklumkan oleh polis sewaktu pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad, timbalannya Dr Shahrir Mohd Zain dan beliau sendiri ke ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.

Keputusan terbaru ini membayangkan polis mengambil sikap bertolak ansur setelah dilaporkan Istana Negara bersedia menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera, semalam.

Ceramah semalam turut di hadiri oleh AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz hj Abu Bakar Chik, Pengerusi Teras Cikgu Azmi Abd Hamid, Pengerusi Mampat Cikgu Fauzi Abu Samah, YDP dan Timbalan YDP Pas Kemaman dan Penyair Penggita dan Sastera, Daeng

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese