
Berucap menggulung Persidangan Pemuda Umno selepas diumumkan pemenang, Khairy berkata semua ahli pergerakan itu perlu bersama menghadapi cabaran getir pada waktu ini.
"Oleh itu saya merayu, kepada 'Pemuda Berani', berdirilah bersama saya, apabila kita masuk ke kubu dan berdepan dengan pembangkang di Parlimen, pilihan raya dan di mana saja, 'Pemuda Berani' perlu berada bersama saya.
"Kepada 'Berani Berubah', apabila kita memikul amanah seperti yang diletakkan di bahu kita seperti mana yang dituntut Timbalan Presiden semalam...tuan-tuan mesti bersama saya untuk mengubah Umno.
"Saya merayu kepada semua 700,000 ahli Pemuda termasuk pemimpin di dewan ini, marilah bersama-sama atas semangat 'Setiakawan' kita mara untuk bangsa, agama dan negara," katanya merujuk tema kempen yang masing-masing dibawa beliau serta dua lagi pencabarnya, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.
bermulanya era kegelapan pemuda dan umno!
No comments:
Post a Comment