04 March 2009

Keputusan mahkamah halang peguam wakili Sivakumar dipersoal



Notis perintah larangan sidang diserah kepada Speaker

IPOH: Pasukan peguam yang mewakili Menteri Besar Perak Kudeta dan enam Exco kudetanya, sebentar tadi menyerahkan perintah Mahkamah Tinggi yang melarang diadakan sebarang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak sah kepada Speakernya, V. Sivakumar.

Ia diserahkan kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Semalam Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang didakwa tidak mengikut undang-undang.

Larangan itu dipertikaian oleh beberapa pihak termasuk penafian peguam swasta yang mewakili Speaker ditolak oleh hakim mahkamah Tinggi Ipoh. Penghujahan Wakil dari Penasihat Undang-undang Negeri yang mewakil Speaker diragui kerana pihak berkenaan juga mewakili Zambry dalam kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perintah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim setelah mendengar penghujahan dalam kamarnya oleh pihak Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri yang diwakili sepasukan tujuh peguam diketuai oleh Firoz Husain Ahmad Jamaluddin.

Perintah larangan itu tidak mempunyai had tempoh.

Peguam Faizul Hilmi Ahmad Zamri menyerahkan arahan itu kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Wasu di bangunan SUK di sini.

Faizul pada mulanya menyerahkan notis perintah itu kepada Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada pukul 3.20 petang kerana pejabat Speaker ditutup.

Bagaimanpun apabila pejabat itu dibuka kemudian, notis tersebut diserahkan kepada Speaker. - DRS. KHALIL IDHAM LIM

1 comment:

Anonymous said...

Lepas nie Speaker Parlimen Pandikar Amin pun kita boleh persoalkan tindakkan dia kat mahkamah... Sekarang UMNO dah memperkudakan mahkamah untuk kepentingan demi kuasa..

Sekarang Hakim Mahkamah lebih berkuasa dari Speaker Parlimen...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese